Anda pernah dengar satu indeks kewangan yang unik iaitu ‘Volfefe index’?
Kalau anda sentiasa mengikuti perkembangan pasaran kewangan semasa era Donald Trump sebagai Presiden US, kemungkinan besar anda tahu mengenai tabiat Trump yang selalu tweet dan kewujudan indeks yang aneh tetapi benar ini.
Volfefe index adalah satu model analisis yang dicipta oleh JPMorgan untuk mengukur impak dari tweet Donald Trump ke atas kadar faedah US.
Bukan itu sahaja…
Penganalisis Bank of America juga menyimpulkan sejak 2016, pasaran saham akan jatuh sedikit pada hari di mana Trump mengeluarkan lebih dari 35 tweet, dan pasaran saham akan naik semula pada hari yang melihat kurang dari lima tweet Trump!
Media sosial telah mengubah cara kita berhubung, berhibur, belajar, dan berkongsi maklumat. Platform seperti X, Facebook, dan Reddit telah membuka akses kepada dunia tanpa sempadan untuk sesiapa saja dengan sambungan internet.
Tetapi, seiring dengan pengaruh media sosial yang semakin meningkat dalam masyarakat moden, begitu juga dengan pengaruhnya untuk mengubah dunia kewangan dalam sekelip mata, seperti situasi dengan Donald Trump dan Twitter.
Tweet dari CEO, endorsemen dari selebriti atau nasihat pempengaruh mampu melibas pasaran dan menggegarkan sentimen kewangan global!
Di sini, kami senaraikan lima peristiwa di mana aktiviti media sosial telah mengubah hala tuju pergerakan pasaran yang berkaitan:
Usahawan yang terkaya di dunia, Elon Musk, adalah penyokong tegar Dogecoin. Musk sentiasa menyuarakan pandangannya terhadap mata wang kripto yang bertemakan Shiba Inu dengan hantaran X.
Baru-baru ini, Musk berjenaka di X dengan menyatakan keinginannya untuk berkhidmat dengan ‘Department of Government Efficiency’ – atau nama singkatnya, D.O.G.E.
Hantaran ini telah mendapat 81.9 juta views pada masa artikel ini ditulis dan melonjakkan nilai Dogecoin sebanyak 6%.
Tweet Musk mengenai Dogecoin pada 1 April juga agak kebal dari jenaka April’s Fool:
Aura tweet ini kepada Dogecoin bukan-calang, kerana ia menaikkan harga Dogecoin sebanyak 30% kepada $0.7011 dalam beberapa minit saja!
Bagi sesiapa yang mengikuti liga NBA, nama Mark Cuban bukanlah asing kerana dia adalah bekas pemilik Dallas Mavericks yang memenangi kejuaraan pada tahun 2011.
Tetapi, pencapaian Cuban dalam NBA hanyalah salah satu dari berpuluh-puluh kejayaan yang meningkatkan status Cuban kepada bilionair, seperti Broadcast.com, HDNet dan MicroSolutions.
Jadi, tidak hairanlah apabila Cuban membuat hantaran tweet, 8.9 juta followers beliau akan menghadam tweet tersebut dan mengambil tindakan!
Dalam tweet pada awal Jun 2017 yang sudah dipadam, Cuban memberi amaran mengenai bitcoin yang disifatkannya sebagai berada dalam bubble yang akan pecah bila-bila masa.
Sejurus selepas tweet tersebut, harga bitcoin bertindak serta-merta. Harga bitcoin yang berlegar pada $2,967.48 pada asalnya jatuh kepada $2,750.66 selepas tweet Cuban menarik perhatian peserta pasaran.
Tweet ini adalah salah satu pendapat Cuban yang sentiasa tidak memihak kepada bitcoin. Malah, beliau berpendapat bitcoin tidak akan menjadi mata wang digital yang mempunyai nilai dalam jangka masa panjang.
Kes penipuan saham yang berlaku di US pada 2022 terjadi disebabkan pelabur mengikut cadangan beberapa pempengaruh media sosial yang memanipulasi pasaran saham untuk mengaut keuntungan.
Secara ringkas, modus operandi lapan pempengaruh ini adalah seperti berikut:
Geng ini akan mengenal pasti saham yang boleh menjadi mangsa keadaan. Kriteria saham tersebut sangat mudah, iaitu ia harus memiliki penilaian yang kecil (tidak lebih dari beberapa juta USD).
Logiknya mudah sahaja. Saham firma-firma kecil lebih senang untuk dimanipulasi kerana ia mempunyai jumlah perdagangan yang kecil dan tidak menarik perhatian ramai dalam pasaran saham.
Geng ini kemudiannya akan membeli saham firma-firma tersebut pada harga yang sangat rendah untuk langkah seterusnya.
Seterusnya, geng pempengaruh ini akan mempromosikan saham-saham yang dipilih kepada pengikut masing-masing di media sosial, terutamanya Twitter dan Discord untuk menggalakkan sentimen positif pasaran terhadap saham-saham tersebut.
Apah kesan langsung dari aktiviti-aktivit promosi di media sosial ini?
Harga saham-saham tersebut akan naik dengan ketara! Inilah yang dinamakan peringkat ‘pump’ dalam operasi ‘pump and dump’.
Apakah langkah licik seterusnya oleh pempengaruh selepas harga saham tersebut naik?
Ya, betul…jualnya terus untuk mendapatkan durian runtuh!
Ini adalah peringkat ‘dump’ dalam modus operandi yang dijalankan.
Siapa mangsanya?
Siapa lagi kalau bukan followers pempengaruh ini! Mereka kini adalah pemilik saham yang harganya merudum di pasaran selepas insiden ini.
Kumpulan pempengaruh ini meraih lebih kurang $114 juta dari skim penipuan ini yang berjalan dari Januari 2020 sehingga April 2022.
Akibatnya, pada Disember 2022, US Securities and Exchange Commission (SEC) mengumumkan caj terhadap lapan pempengaruh tersebut kerana bersubahat dalam penipuan sekuriti.
Drama saham GameStop adalah insiden yang agak menarik untuk troll di Reddit, pemerhati pasaran, penganalisis dan GameStop, tetapi bukan untuk short seller yang mengalami kerugian dahsyat dari drama ini.
Pada Januari 2021, pengedar permainan video yang bergelut, GameStop, mendapati dirinya di tengah-tengah drama Wall Street.
Beberapa dana lindung nilai (hedge fund) besar telah ‘short’ saham GameStop dengan pertaruhan bahawa harganya akan terus jatuh.
Antara sebab saham ini disasarkan untuk jatuh ialah model perniagaannya semakin merosot disebabkan peningkatan permainan digital dan persaingan daripada peruncit atas talian.
Walau bagaimanapun, sekumpulan pelabur runcit di subreddit r/WallStreetBets, yang kerap mensasarkan saham yang short, mendapati saham GameStop mengalami tekanan menjual yang sangat tinggi dari short sellers dana-dana lindung nilai.
Redditor-redditor ini kemudiannya bersatu dan menggalakkan pembelian saham GameStop sesama sendiri, dengan matlamat untuk mencetuskan short squeeze yang akan melonjakkan harga saham tersebut dan meranapkan akaun short seller.
Operasi ini meraih momentum dengan dorongan hantaran-hantaran di subreddit dan saluran media sosial yang lain seperti Discord dan Twitter. Hasilnya, harga saham GameStop melonjak dengan sangat pantas.
Situasi tersebut menarik perhatian media, dan naratif ‘pelabur runcit menentang Wall Street’ membangkitkan minat orang ramai terhadap drama pasaran kewangan ini, terutamanya pelabur-pelabur runcit yang turut menyertai gelombang pembelian saham GameStop.
Short seller saham yang tidak menjangkakan situasi ini terkedu sama sekali!
Akibatnya, mereka terpaksa memulihkan posisi menjual mereka dengan membeli saham GameStop, yang secara langsung menambahkan momentum ralli saham ini.
Drama GameStop dan Reddit adalah contoh yang baik mengenai kuasa media sosial untuk menyatukan pelabur-pelabur harian dan amatur untuk menggerakkan pasaran saham ke arah yang tidak dijangka.
Siapa tak kenal Kim Kardashian?
Sama ada anda meminati Kim dan rancangan TV ‘The Kardashians’ atau tidak, kisah Kim mengenai langkah kirinya dalam industri mata wang kripto memberikan ruang untuk nama Kardashian mendominasi tajuk berita sekali lagi.
Anda masih ingat modus operandi ‘pump and dump’ di atas?
Secara asasnya, perkara yang sama berlaku di sini, dengan Kim K menjadi tarikan untuk melabur dalam mata wang kripto EthereumMax, atau E-Max.
Lihat saja hantaran Instagram story Kim ini:
Realitinya, ‘my friends’ dalam story tersebut adalah pengasas E-Max yang telah membayar $250,000 kepada Kim untuk menggunakan nama dan media sosialnya untuk promosi E-Max.
Walaupun Kim menggunakan hashtag ‘#ad’ dalam story tersebut, pengawal selia, Securities and Exchange Commission (SEC) menyatakan pendedahan tersebut tidak memadai, selain fakta yang Kim tidak memberitahu pengikut-pengikutnya yang dia dibayar untuk membuat hantaran tersebut.
Hantaran ini menyebabkan Kim dikenakan denda sebanyak $1.26 juta oleh SEC dan arahan untuk tidak terlibat dalam sebarang promosi kripto selama tiga tahun.
Selain itu, Kim juga disaman oleh pelabur-pelabur E-Max. Dia menghadapi pertuduhan mempromosi dan menjual mata wang kripto dengan niat menipu bersama-sama pengasas E-Max.
Dalam pertuduhan yang sama, E-Max dikatakan menjalankan operasi ‘pump and dump’, di mana taktik pemasaran yang licik di media sosial menaikkan harga aset dan dijual kepada pelabur untuk meraih keuntungan mudah.
Satu hantaran media sosial boleh mengubah dunia – atau sekurang-kurangnya, pasaran kewangan.
Jika anda ingin menjadi pedagang yang lebih peka terhadap sentimen pasaran, cuba perhatikan individu-individu ternama yang mana hantaran media sosial mereka boleh mengubah hala tuju pasaran.
Atau jika anda gemar mengikut panduan pempengaruh media sosial untuk nasihat kewangan, pastikan individu tersebut mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan dan rekod pelaburan yang stabil.
Bonus untuk anda kalau individu tersebut ditauliahkan oleh pengawal selia industri, seperti Securities Commission of Malaysia.
Apa-apa pun, pastikan asas-asas fundamental dan teknikal anda cukup baik untuk menentukan strategi perdagangan anda.
Jom berdagang dengan kami dengan membuka akaun live VT Markets.