Di sebalik carta yang naik turun dan berita berimpak tinggi dari pasaran, terdapat satu realiti yang jarang dibincangkan di dalam komuniti perdagangan, iaitu permainan minda yang harus ditempuhi oleh setiap pedagang sebelum mencapai kemenangan.
Walaupun peserta pasaran obses dengan carta dan data ekonomi, pemandu perdagangan yang sebenar berlindung dalam bayangan pedagang – psikologi dalam trading.
Minda yang cergas semasa berdagang adalah pencetus kepada setiap keputusan yang diambil, dari pembelian berisiko tinggi sehinggalah ke penjualan panik. Memahami peranan psikologi dalam trading boleh menjadi penentu untuk kejayaan dalam pasaran atau melihat impian anda berkecai.
Bayangkan: Anda sudah meluangkan masa berjam-jam menganalisis sesuatu saham dan anda menyimpulkan saham tersebut akan melonjak. Anda membuka posisi perdagangan dengan yakin, tetapi tiba-tiba, pasaran bergerak ke arah bertentangan.
Perasaan panik mula menguasai diri. Adakah anda tutup posisi secara pramatang, atau adakah anda akan kekalkan posisi dengan harapan pasaran akan melantun semula?
Situasi inilah yang dikatakan roller coaster emosi.
Ramai pedagang tidak menyedari bahawa emosi, terutamanya ketakutan dan tamak, boleh mempengaruhi proses membuat keputusan mereka. Ketakutan sering menjurus kepada penjualan panik, sementara sifat tamak menggalakkan pedagang untuk mengekalkan posisi lebih lama dari sepatutnya dengan harapan ingin mengaut keuntungan lebih.
Dua emosi ini, yang bermain-main di belakang tadbir minda, boleh mengatasi logik dan analisis, dan menjuruskan pedagang kepada penyesalan.
Pedagang veteran juga boleh dikuasai dengan emosi. Apabila Elon Musk membuat hantaran tweet mengenai saham Tesla, tweet Elon boleh mengucar-kacirkan pasaran. Pedagang akan mudah memberikan reaksi emosi terhadap perkembangan pasaran dan menggalakkan swing yang kerap berubah.
Keputusan dalam perdagangan tidak dipengaruhi oleh emosi semata-mata. Minda kita juga penuh dengan kognitif bias, iaitu kecenderungan mencari jalan pintas untuk membuat keputusan, tetapi sering menuju ke langkah kiri.
Bias seperti ‘confirmation bias’, iaitu situasi di mana pedagang mencari maklumat yang hanya menyokong kepercayaan mereka, boleh menjurus kepada penutupan minda kepada maklumat-maklumat lain yang kritikal.
Sebagai contoh, pedagang yang mempunyai pandangan sesuatu saham itu adalah ‘undervalued’ mungkin akan memberikan tumpuan kepada berita atau data yang menyokong fakta tersebut, tetapi dia mengabaikan maklumat lain yang mengatakan saham tersebut bukan ‘undervalued’. Pentafsiran bias ini boleh menjadi punca keputusan yang salah dan peluang keemasan yang terlepas.
Bias yang lain, seperti ‘sunk-cost fallacy’, boleh menyebabkan pedagang mengekalkan posisi yang sedang mengalami kerugian, dengan kepercayaan pelaburan mereka yang sebelum ini boleh menanggung sebarang risiko yang akan dialami.
Bias-bias ini adalah tersorok tetapi berbisa. Ia mampu mengemudi pedagang ke arah yang mereka tidak ingini. Kognitif bias yang halus ini adalah sukar untuk dibendung tanpa memahami bagaimana bias-bias ini bertindak.
Minda bawah sedar memainkan peranan dalam perdagangan.
Walaupun rata-ratanya pedagang percaya mereka bertindak berasaskan analisis, banyak tingkah laku mereka dipandu oleh tabiat dan corak mental yang tertanam. Corak ini, yang terbentuk selama bertahun-tahun, berfungsi di bawah permukaan minda dan mempengaruhi pilihan perdagangan tanpa disedari.
Sebagai contoh, seorang pedagang yang mengalami kerugian berulang kali mungkin secara tidak sedar akan mengelakkan perdagangan berisiko pada masa hadapan, walaupun setup perdagangan itu menguntungkan.
Ketakutan kepada kegagalan ini, didorong oleh pengalaman lalu, boleh menyebabkan pedagang terlepas peluang yang menguntungkan. Sebaliknya, seorang pedagang yang berjaya secara berterusan mungkin menjadi terlalu yakin, yang membawa kepada tingkah laku berisiko dan kerugian yang lebih besar.
Pedagang yang tidak menyedari kuasa fikiran bawah sedar mereka mungkin mendapati diri mereka mengulangi kesilapan yang sama, terperangkap dalam kitaran reaksi emosi, dan semakin jauh dari tabiat membuat keputusan rasional.
Untuk menguasai psikologi dalam trading, pedagang perlu membangunkan kecerdasan emosi.
Kecerdasan emosi adalah keupayaan untuk mengenali, memahami, dan menguruskan emosi diri sendiri serta orang lain. Dalam perdagangan, kecerdasan emosi adalah kritikal kerana ia membolehkan pedagang kekal tenang dan terkawal ketika menghadapi ketaktentuan pasaran.
Salah satu aspek utama kecerdasan emosi adalah kesedaran diri.
Pedagang mesti menyedari pencetus emosi mereka dan bagaimana emosi ini mempengaruhi proses pembuatan keputusan mereka.
Sebagai contoh, seorang pedagang yang menyedari dia cenderung untuk menjual dalam panik semasa penurunan pasaran boleh mengambil langkah untuk mengurangkan tingkah laku ini dengan menetapkan stop loss lebih awal.
Komponen lain yang penting dalam kecerdasan emosi ialah kawalan diri.
Ini melibatkan meningkatkan keupayaan untuk mengawal reaksi impulsif, seperti keinginan untuk mengejar saham yang telah naik secara mendadak. Pedagang yang boleh mengawal emosi mereka kurang cenderung membuat keputusan tergesa-gesa dan lebih berkemungkinan untuk berpegang kepada rancangan perdagangan mereka.
Untuk berjaya di pasaran, pedagang juga perlu membina ketahanan, iaitu keupayaan untuk bangkit semula dari kerugian dan kemunduran. Perdagangan secara semula jadinya adalah tidak menentu, dan perdagangan yang dirancang dengan teliti pun kadang-kadang boleh mengakibatkan kerugian.
Pedagang yang tidak mempunyai ketahanan mungkin berputus asa selepas mengalami beberapa kerugian dan hilang kepercayaan kepada strategi perdagangan mereka.
Pedagang yang berdaya tahan, sebaliknya, memahami bahawa kerugian adalah sebahagian daripada perdagangan dan kejayaan hadir dari terus kekal dalam permainan jangka masa panjang.
Mereka memberi tumpuan kepada mempelajari daripada kesilapan mereka daripada terlalu memikirkannya, dan mereka menggunakan pengalaman mereka untuk meningkatkan kemahiran perdagangan mereka.
Salah satu cara untuk membina ketahanan adalah melalui proses refleksi diri dan penambahbaikan yang berterusan. Pedagang harus menyimpan jurnal perdagangan yang mencatat faktor-faktor teknikal dan psikologi yang mempengaruhi keputusan mereka.
Dengan menyemak perdagangan mereka secara berkala, mereka boleh mengenal pasti corak dalam tingkah laku mereka dan mengambil langkah untuk meningkatkan prestasi mereka.
Strategi perdagangan yang dirancang dengan baik adalah penting, tetapi tanpa mindset yang betul, strategi yang terbaik akan gagal juga.
Psikologi dalam trading menentukan sejauh mana seorang pedagang boleh berpegang kepada rancangan mereka, menguruskan risiko dengan betul, dan mengelakkan perangkap emosi.
Dalam banyak kes, pedagang gagal bukan kerana strategi mereka kurang cantik, tetapi kerana mereka tidak dapat melaksanakannya dengan berkesan disebabkan halangan psikologi.
Dalam situasi inilah kuasa psikologi dalam trading yang tidak kelihatan memainkan peranan.
Pedagang yang berjaya menyedari mindset mereka adalah sama penting dengan analisis pasaran mereka. Mereka mengambil masa untuk memahami kekuatan dan kelemahan psikologi mereka sendiri, dan mereka berusaha untuk membangunkan disiplin mental yang diperlukan untuk berjaya di pasaran.
Dalam dunia trading yang pantas, di mana kekayaan boleh berubah dalam sekelip mata, kepentingan psikologi perdagangan tidak boleh diabaikan. Walaupun ia tidak dapat dilihat dan tidak dapat disentuh, ia adalah kuasa tersirat yang mendorong setiap keputusan perdagangan.
Mereka yang mengabaikannya akan mengalami kerugian, manakala mereka yang memahami peranan psikologi akan mendapati bahawa ia adalah kunci kepada kejayaan jangka panjang.
Memahami dan menguasai psikologi perdagangan bukanlah peristiwa sekali sahaja; ia adalah proses berterusan penemuan diri, kawalan emosi, dan disiplin mental.
Jom berdagang dengan kami dengan membuka akaun live VT Markets.