VT Markets APP

    Trade CFDs on FX, Gold and more

    Get

    Analisis Sentimen Dalam Perdagangan Kewangan: Apa Yang Anda Perlu Tahu

    November 29, 2024

    Sejurus selepas Donald Trump merangkul jawatan Presiden US yang ke-47 pada 6 November 2024, indeks-indeks utama menunjukkan kenaikan yang memberansangkan.

    Dow Jones Industrial Average meraih lebih dari 1,500 mata dan mencapai paras tertinggi sepanjang masa. Kali terakhir Dow meloncat lebih dari 1,000 mata dalam sehari adalah pada November 2022.

    S&P 500 meningkat 2.5% dan Nasdaq pula 3%, kedua-duanya mencatat rekod paras tertinggi sepanjang masa.

    Indeks Russell 2000, yang menggabungkan saham-saham 2,000 syarikat bermodal kecil, mencatatkan kenaikan sebanyak 5.8%.

    Saham-saham bank utama tidak ketinggalan mempamerkan pengukuhan, dengan kenaikan 11.5%, 8.4% dan 13% untuk JPMorgan, Bank of America dan Wells Fargo.

    Soalannya: mengapakah pasaran saham US menonjolkan karakter bullish selepas pemenang pilihan raya diumumkan?

    Jawapannya mudah sahaja – sentimen pasaran.

    Apakah Itu Sentimen Pasaran?

    Bayangkan anda sedang mendengar perbualan dua rakan sekerja anda yang aktif berdagang forex.

    Rakan A berpendapat “Hari ini aku yakin market akan bullish”. Rakan B pula tidak bersetuju dan berkata “Siapa kata? Confirm hari ni sell all the way!”.

    Sentimen berlawanan di antara dua pihak ini menggambarkan realiti pasaran, iaitu pasaran kewangan adalah hasil gabungan pandangan, idea dan pendapat semua peserta di dalam pasaran.

    Gabungan perasaan yang bercampur-aduk inilah yang dipanggil sentimen pasaran, kerana pasaran kewangan dipacu oleh emosi.

    Apabila analisis sentimen diberi perhatian sama rata dengan analisis teknikal dan fundamental, pedagang semakin menghampiri sasaran mereka untuk membuat keputusan yang tepat.

    Analisis Sentimen Sebagai Kaedah Pengukuran Sentimen Pasaran

    Sentimen pasaran boleh diukur dengan analisis sentimen. Analisis ini merangkumi penilaian emosi serta pendapat peserta pasaran terhadap sesuatu aset atau pasaran. 

    Analisis ini penting untuk memahami dinamik pasaran kerana ia membantu pedagang menilai mood yang menguasai pasaran, sama ada bullish (optimistik) atau bearish (pesimistik). 

    Analisis sentimen melibatkan teknik pengkomputeran untuk mengesahkan sama ada maklumat dari berita dan media sosial akan membentuk sentimen positif, negatif atau neutral.

    Dalam perdagangan, analisis ini memberikan pandangan ke dalam emosi dan tingkah laku pasaran. Apabila digabungkan dengan penunjuk dari analisis teknikal dan fundamental, hasil dari analisis sentimen boleh membantu pedagang membuat yang keputusan tepat apabila memasuki pasaran.

    Jenis-Jenis Indikator Yang Digunakan Dalam Analisis Sentimen

    1. Indeks CBOE Volatility (VIX)

    Juga dikenali sebagai “fear index” atau singkatannya VIX, indeks ini mengukur volatiliti pasaran dan sentimen pelabur mengenai kenaikan dan keturunan harga pada masa depan.

    VIX yang tinggi menandakan ketakutan atau ketaktentuan yang meningkat di dalam pasaran yang memiliki sentimen bearish.

    VIX yang boleh diakses di CNBC

    2. Indeks Bullish Percent (BPI)

    BPI memberikan peratusan saham dalam sesuatu indeks yang sedang menunjukkan momentum bullish. Lebih tinggi peratusan BPI, lebih tinggi sentimen bullish di kalangan pelabur.

    3. Indeks High-Low

    Indeks ini membezakan saham yang mencapai paras tertinggi dalam 52 minggu dengan saham yang mencapai paras terendah dalam tempoh yang sama. Nisbah yang tinggi mencerminkan sentimen bullish, dan nisbah yang rendah mencerminkan sentimen bearish.

    4. Nisbah Put/Call

    Indikator ini membandingkan jumlah opsyen put dengan opsyen call. Nisbah put/call yang tinggi menandakan sentimen bearish, dan yang sebaliknya menandakan sentimen bullish.

    5. Advance-Decline Line (ADL)

    ADL menjejak perbezaan di antara jumlah saham yang bullish dan bearish. Trend menaik dalam ADL membayangkan sentimen bullish dan trend menurun mencadangkan sentimen bearish.

    6. Analisis Sentimen Media Sosial

    Pedagang boleh menggunakan algoritma untuk menilai sentimen di media sosial seperti Twitter dan Reddit. Analisis ini bernilai untuk memahami pendapat orang ramai mengenai sesuatu aset.

    7. Analisis Sentimen Berita

    Tajuk-tajuk berita dan artikel yang menyusul boleh memberikan idea mengenai pandangan pedagang terhadap pasaran. Tona berita yang optimistik, pesimistik dan neutral boleh mengubah persepsi orang ramai dalam dunia pelaburan.

    8. Laporan Commitment of Traders (COT)

    Laporan ini memiliki kepentingan yang unik dalam pasaran futures. Ia memberikan pandangan berharga ke dalam posisi yang dipegang oleh pedagang-pedagang dalam pasaran futures.

    Contoh laporan COT yang boleh didapati dari laman Commodity Futures Trading Commission

    Pedagang boleh menggunakan laporan ini untuk membuat keputusan menjual atau membeli. Terdapat empat jenis laporan COT, iaitu Legacy, Supplemental, Dissaggregated dan Traders in Financial Futures.

    Risiko Menggunakan Analisis Sentimen Semata-Mata

    Kaedah-Kaedah Untuk Menggunakan Indikator Sentimen Dalam Strategi Perdagangan

    1. Gabungkan Analisis Sentimen Dengan Analisis Teknikal Dan Fundamental

    Cara yang terbaik untuk mendapat gambaran pasaran yang lengkap adalah dengan menggabungkan indikator sentimen dengan analisis teknikal dan fundamental. Gabungan ini membantu mengesahkan isyarat dan menambahbaikkan ketepatan keputusan.

    Analisis divergence boleh digunakan untuk mencari divergence di antara indikator sentimen dan pergerakan harga. Sebagai contoh, jika sentimen adalah bullish tetapi harga menjunam, situasi ini membayangkan kemungkinan keterbalikan. 

    2. Pantau Sentimen Pasaran Yang Ekstrem

    Gunakan indikator sentimen untuk mengenalpasti tahap ekstrem bullish atau bearish, yang boleh menandakan kemungkinan puncak atau lurah pasaran. Sebagai contoh, nisbah put/call yang tinggi mungkin mencadangkan sentimen bearish dan memberi isyarat membeli. 

    3. Pengurusan Risiko

    Gunakan analisis sentimen sebagai salah satu input untuk pengurusan risiko. Sebagai contoh, jika indikator mencadangkan bullish yang ekstrem, cuba kurangkan pendedahan kepada pasaran untuk meminimumkan kerugian dari pembetulan pasaran. 

    Dalam pasaran volatil, gunakan strategi hedging berdasarkan sentimen yang utama untuk perlindungan dari pergerakan harga yang berlawan arah.

    4. Ikuti Berita Perkembangan Pasaran

    Berita perkembangan boleh mempengaruhi sentimen pasaran. Perubahan dalam persepsi orang ramai boleh mengubah dinamik pasaran. Jadi, tabiat peka dengan berita memainkan peranan dalam membuat keputusan yang tepat.

    Ambil kesempatan di atas analisis media sosial untuk menilai pendapat orang ramai mengenai aset atau pasaran, kerana aktiviti di media sosial boleh menawarkan pandangan dalam masa nyata mengenai mood pelabur.

    5. Uji Dan Tambah Baik Strategi

    Sentiasa backtest strategi yang menggunakan indikator sentimen untuk menilai kelancarannya dalam keadaan pasaran yang berbeza-beza.

    Kekal bersedia untuk menyesuaikan strategi berdasarkan keadaan pasaran yang berubah-ubah dan trend sentimen yang berkembang. Fleksibiliti adalah kunci untuk mengekalkan kelebihan dalam perdagangan.

    Kata Penutup

    Kini, anda sudah memahami yang pasaran kewangan dipacu oleh emosi pedagang, sama seperti data ekonomi dan berita perkembangan.

    Dengan mengambil berat mengenai sentimen pasaran, anda akan memahami psikologi pasaran, mengenal pasti titik keterbalikan dan mengelak dari membuat keputusan yang salah.

    Buka akaun live perdagangan dengan kami sekarang.