Siapa yang pernah lihat influencer-influencer di media sosial yang sering berkongsi tip kewangan dan pelaburan? Dan yang paling menarik perhatian, mereka ini pakar dalam mengaut keuntungan beratus-ratus USD dalam masa beberapa minit saja!
Bila diselidik, rupa-rupanya mereka ini adalah pedagang forex dan emas yang berpengalaman. Dalam kata lain, mereka aktif berdagang CFD untuk mencari makan dan keuntungan.
Ya, forex dan emas itu adalah terma yang kita boleh gambarkan. Tetapi, apa itu perdagangan CFD?
Perdagangan CFD adalah spekulasi mengenai kenaikan atau kejatuhan harga sesuatu aset kewangan. Anda akan memperoleh keuntungan atau kerugian dari spekulasi pergerakan harga aset tersebut. Contoh aset kewangan dalam perdagangan CFD ialah pasangan mata wang, emas, bitcoin dan indeks.
CFD adalah singkatan untuk ‘contract for difference’. Kontrak di sini merujuk kepada perjanjian di antara pedagang dan broker untuk membayar perbezaan harga sesuatu aset pendasar. Perbezaan harga ini dikira dari waktu kontrak ini dibuka sehingga kontrak ditutup.
Perdagangan CFD membolehkan pedagang membuat keuntungan (atau kerugian) dari naik turun harga aset kewangan tanpa memiliki aset tersebut.
Inilah yang dimaksudkan dengan spekulasi harga dalam perdagangan CFD.
Anda perlukan analogi mudah untuk memahami perdagangan CFD dengan lebih jelas?
Baik!
Katakan anda dan rakan anda mempunyai ramalan yang berbeza mengenai harga Bitcoin dalam masa 15 minit lagi. Anda meramalkan harga Bitcoin akan naik dan rakan anda mengatakan sebaliknya.
Anda dan rakan anda meletakkan RM100 seorang di antara anda berdua. Jika harga Bitcoin naik, rakan anda perlu membayar perbezaan harga kepada kepada anda, dan jika harga turun, anda pula perlu membuat sebaliknya.
Selepas 15 minit, harga Bitcoin naik sebanyak RM10. Anda meraih keuntungan RM10 dan kini anda memiliki RM110. Rakan anda pula kerugian RM10 dan dia memiliki RM90 dalam poketnya.
Dalam situasi ini, anda dan rakan anda tidak memiliki Bitcoin, tapi kedua-duanya membuat transaksi berdasarkan spekulasi harga.
Inilah definisi perdagangan CFD dalam bahasa yang lebih mudah.
Berita baik untuk anda yang ingin berkecimpung dalam perdagangan, kerana perdagangan CFD tidak memerlukan modal yang besar untuk permulaan. Dengan VT Markets, anda boleh mendepositkan minimum $50 untuk membuka akaun trading live anda.
Adakah anda tahu, anda juga boleh menerima 100% bonus jika anda membuat deposit pertama kali dengan VT Markets?
Anda perlu membuka akaun dengan broker CFD untuk mulakan trading CFD. Rujuk point nombor 1 di atas!
Anda perlukan platform carta ini untuk menjalankan trading anda. Aplikasi ini membolehkan anda membuat analisis, memilih aset, saiz lot, memasuki dan keluar dari pasaran. Terdapat dua versi platform carta ini, iaitu MetaTrader 4 dan MetaTrader 5.
Ini merangkumi strategi anda. Adakah anda ingin berdagang dalam masa berjam-jam atau berhari-hari? Atau anda nak cuba nasib trade dalam beberapa minit sahaja? Berapa banyak risiko yang anda boleh tanggung untuk setiap trade?
Trading plan anda akan memberikan panduan untuk memastikan trade anda selamat dan berbaloi.
Kekuatan mental memainkan peranan yang penting bila anda trade CFD. Benar, anda boleh mendapat ratusan USD dalam beberapa minit.
Tetapi, trade anda yang seterusnya boleh menggelapkan semua keuntungan tersebut dalam masa yang singkat!
Sebab itulah psikologi dalam trading perlu diberi perhatian kalau anda nak kental menghadapi cabaran dalam perdagangan CFD.
Kenali aset-aset kewangan yang anda boleh trade. Pelajari ilmu teknikal dan fundamental dalam perdagangan CFD.
Ilmu teknikal adalah penting untuk membaca carta dan mencari peluang trade, manakala fundamental pula membantu anda memahami sentimen pasaran berdasarkan berita ekonomi dan geopolitik.
Pasaran forex didagangkan sebagai pasangan mata wang di mana seorang pedagang forex akan membeli atau menjual satu mata wang dari segi mata wang yang lain.
Indeks atau pasaran saham indeks mewakili sekumpulan saham yang digunakan untuk mengukur prestasi pasaran atau sektor tertentu.
Perdagangan tenaga ialah pembelian dan penjualan aset tenaga yang memanfaatkan pergerakan harga dinamik dalam pasaran ini.
Logam berharga yang sering didagangkan ialah emas, perak, platinum, dan paladium. Selain dari daya tarikannya, logam berharga memiliki hubungan rapat dengan situasi ekonomi. Logam berharga sering dianggap sebagai aset selamat semasa tempoh kegawatan ekonomi.
Lain dari logam berharga seperti emas yang digali melalui perlombongan, komoditi lembut seperti koko, kopi, kapas, jus oren, dan gula mentah adalah hasil pertanian, ditanam di atas pokok atau ladang.
ETF mengumpulkan sekuriti yang boleh menjejaki indeks dan sektor. Dana ini mendedahkan pedagang kepada saham/ bon dan indeks.
Perdagangan CFD saham membolehkan anda memanfaatkan pergerakan harga saham tanpa memiliki pegangan dalam syarikat tersebut. Berbeza dengan pelaburan saham, berdagang CFD saham membolehkan anda mendapatkan keuntungan apabila harga saham jatuh, dengan syarat anda membuka posisi menjual.
Bon mewakili pinjaman yang dibuat kepada entiti seperti kerajaan atau syarikat, membolehkan mereka mengumpul modal. Pelabur yang membeli bon menerima bayaran faedah dan pulangan jumlah prinsipal pada tempoh matang.
Perdagangan bon melalui CFD menawarkan cara yang sistematik untuk membuat spekulasi mengenai instrumen asas ini tanpa perlu memiliki bon sebenar.
Anda memiliki modal $100, tapi ingin berdagang $1,000 untuk urusan jual beli CFD? Inilah kegunaan leveraj. Leveraj menambahkan saiz lot anda dengan modal yang kecil.
Seperti yang diterangkan di atas, perdagangan CFD tidak terhad kepada forex. Anda boleh memilih untuk berdagang emas, perak, minyak mentah, saham atau indeks – semuanya dari satu akaun broker sahaja!
Katakan anda berminat untuk berdagang minyak mentah. Dengan perdagangan CFD, anda tidak perlu membeli bertong-tong minyak mentah untuk mulakan berdagang. Ingat, konsep CFD ialah pedagang mengambil keuntungan atau kerugian dari pergerakan harga aset.
Pedagang boleh membuka posisi menjual atau membeli yang memberikan keuntungan ketika pasaran sedang menurun atau menaik.
Harga aset boleh berubah dengan pantas dan mengakibatkan naik turun harga yang ketara dalam masa singkat.
Anda perlu peka dengan berita ekonomi dan geopolitik global kerana pasaran boleh swing dalam sekelip mata dengan perkembangan global.
Perlu diingat, leveraj berfungsi dua hala. Maksudnya, walaupun leveraj boleh menggandakan saiz lot anda, ia juga boleh menyebabkan kerugian yang besar jika pasaran bergerak menentang posisi anda.
Untuk pemahaman yang mudah, bahagian ini hanya akan menghuraikan langkah-langkah untuk berdagang di MetaTrader 4.
Perlu diingatkan yang anda perlu mendaftar akaun dengan broker dulu sebelum anda boleh log masuk ke MetaTrader4.
Sebagai permulaan, anda boleh mencuba langkah-langkah ini dengan akaun demo dulu. Dengan akaun demo, anda boleh trade dengan modal simulasi di dalam keadaan pasaran yang sebenar.
1. Pilih aset yang anda ingin trade. Katakan kita ingin ‘Sell’ USDJPY.
2. Tekan ‘Open chart’
3. Tukar timeframe yang anda perlukan dengan menekan mana-mana di bahagian carta. M1, M5, M15 dan M30 memberikan satu candlestick yang terbentuk dalam 1, 5, 15 dan 30 minit.
H1 dan H4 mewakili satu candlestick dalam sejam dan 4 jam. D1 untuk 1 hari, W1 untuk seminggu, dan MN untuk sebulan.
4. Tekan ikon ‘+’ di atas untuk membuka posisi ‘Buy’ atau ‘Sell’.
5. Tetapkan ‘Stop loss’ dan ‘Take profit’. Stop loss penting untuk melindungi akaun anda dari kerugian besar, dan Take profit adalah tahap sasaran anda untuk keluar dari pasaran dan mengambil keuntungan.
Kemudian, pilih saiz lot anda. Saiz lot terbahagi kepada 1 standard lot (1.0), 1 mini lot (0.1), 1 micro lot (0.01) dan 1 nano lot (0.001). Saiz lot bergantung kepada modal anda. Lebih besar modal anda, lebih besar saiz lot yang anda boleh gunakan.
6. Langkah terakhir – tekan ‘Sell’ untuk memulakan trade anda!
Itu sahaja! Inilah langkah-langkah asas untuk trade dengan MetaTrader 4.
Dalam situasi yang sebenar, anda perlu menjalankan analisa mengenai pasaran sebelum anda memilih posisi dan memasuki pasaran. Inilah kegunaan trading plan sebelum anda menekan ‘Buy’ atau ‘Sell’.
Broker CFD ialah penyedia perkhidmatan kewangan yang memberikan akses kepada perdagangan CFD. Anda perlu perhatikan perkara-perkara berikut semasa anda menilai broker CFD mana yang dipercayai dalam industri ini:
Dalam perdagangan CFD, anda akan kerap membuat deposit dan mengeluarkan wang dari akaun broker anda. Oleh itu, anda perlu mengambil berat mengenai keselamatan dana anda dalam akaun broker dan tahap perlindungan yang disediakan.
Broker CFD yang bagus akan memiliki lesen dan dikawal selia oleh pihak-pihak berkuasa dalam industri kewangan untuk memastikan keselamatan dana anda.
Contoh-contoh pengawal selia yang boleh memberikan reputasi baik kepada broker CFD adalah:
Apa akan terjadi kepada dana anda jika broker tersebut gulung tikar? Anda tentu nak pastikan keselamatan wang anda dari lesap begitu saja kan?
Jangan risau, kerana ada broker yang menyediakan perlindungan insurans untuk dana anda sekiranya broker tersebut bankrap.
VT Markets menawarkan insurans dana pelanggan yang membolehkan anda menuntut sehingga $1,000,000 sekiranya VT Markets terpaksa tutup kedai.
Walaupun kemungkinan broker untuk bankrap adalah sangat rendah, usaha VT Markets ini adalah untuk memastikan keselamatan dana para pelanggannya sambil meningkatkan kredibiliti VT Markets di industri perdagangan CFD.
Pastikan anda boleh membuat deposit dan pengeluaran wang dalam kurang dari satu hari dari akaun broker.
Apakah maksud kecairan? Kecairan menjelaskan bagaimana sesuatu aset itu boleh dijual beli dengan mudah di dalam pasaran. Cara mudah untuk menilai kecairan sesuatu aset adalah dengan melihat spread aset itu. Lebih cair aset tersebut, lebih kecil spreadnya.
Contohnya, VT Markets menawarkan spread yang rendah, bermula dari 0.0 pip. Maksudnya, pasaran yang ditawarkan VT Markets mempunyai kecairan tinggi.
Setiap pedagang memiliki pengalaman dan selera risiko yang berbeza-beza. Broker yang menyediakan akaun Standard STP, ECN, Cent dan bebas swap akan mampu memenuhi gaya perdagangan yang anda gemari.
Lebih banyak kaedah yang disediakan, lebih mudah untuk anda menggunakan sumber dana yang berbeza untuk mendeposit dan mengeluarkan wang.
Tentu anda pernah dengar nasihat dari pakar-pakar pelaburan yang menggalakkan kepelbagaian pelaburan untuk menyebarkan risiko, betul tak?
Cari broker yang bukan sahaja menawarkan aset forex dan emas, tetapi juga menawarkan minyak, komoditi, mata wang kripto, ETF dan saham.
Broker yang menawarkan pendidikan trading, dari ilmu asas sehinggalah ilmu untuk pedagang veteran menandakan broker tersebut mementingkan kejayaan pelanggan-pelanggannya. Pendidikan trading boleh diberikan dalam pelbagai format, seperti blog, video, webinar dan seminar.
Dan yang terakhir, pastikan broker tersebut menawarkan bantuan 24/7 dengan akses ke perkhidmatan pelanggan mereka.
Kini, anda sudah memahami apa itu perdagangan CFD, termasuklah perkara-perkara yang diperlukan, aset-aset yang ditawarkan, kelebihan dan risiko, cara menggunakan MetaTrader 4, dan tip untuk mencari broker yang dipercayai.
Jika anda sudah bersedia untuk memulakan langkah pertama anda dalam perdagangan CFD, apa kata anda buka akaun broker dengan kami?
Anda boleh membuka akaun live VT Markets dengan modal serendah $50, dan jangan lupa, anda layak menebus bonus 100% untuk deposit pertama kali dengan kami!
Jom buka akaun live perdagangan CFD dengan kami sekarang.