VT Markets APP

    Trade CFDs on FX, Gold and more

    Get

    Bagaimana Inflasi Menyusut Nilai Wang (Dan 2 Cara Mengatasi Inflasi)

    September 13, 2024

    Bagi sesiapa yang menerima gaji tetap, penghujung bulan adalah waktu yang ditunggu-tunggu kerana majikan akan memasukkan gaji bulanan dalam akaun bank. 

    Bagaimana Inflasi Menyusut Nilai Wang (Dan 2 Cara Mengatasi Inflasi)

    Selain dari menjalankan bisnes sendiri, meluangkan masa 40 sehingga 50 jam seminggu adalah gaya hidup pilihan ramai. Lebih-lebih lagi jika pekerjaan tersebut memberikan kestabilan kewangan serta keseimbangan di antara karier dan kehidupan peribadi.

    Walau apa pun cara anda menjana pendapatan, satu perkara yang tidak ideal ialah menyimpan 100% setiap gaji bulanan anda dalam bank untuk mencapai kebebasan kewangan.

    Mengapa?

    Satu saja sebabnya – inflasi!

    Realitinya, inflasi boleh ‘merompak’ nilai wang di dalam bank yang anda telah berusaha keras untuk mengumpul selama ini.

    Maksud Inflasi Dan Bagaimana Ia Menyusutkan Nilai Wang 

    Inflasi merujuk kepada kenaikan harga yang menyeluruh untuk barangan dan perkhidmatan. Pada masa yang sama, ia menggambarkan penurunan nilai mata wang.

    Berbalik kepada pengenalan kita mengenai simpanan wang dalam bank:

    Jika inflasi tahunan semasa adalah 2% dan ia adalah lebih tinggi dari kadar faedah simpanan wang dalam bank, contohnya 0.2%, nilai simpanan anda dalam bank sebanyak RM1,000 akan menyusut dalam masa 3 tahun seperti berikut:

    Tahun 2025

    Penyelarasan kadar faedah bank:

    (RM1,000 x 0.002) + RM1,000 = RM1,002

    Nilai wang simpanan selepas penyelarasan inflasi:

    RM1,002 x 0.98 = RM981.96

    Tahun 2026

    Penyelarasan kadar faedah bank:

    (RM981.96 x 0.002) + RM981.96 = RM983.92

    Nilai wang simpanan selepas penyelarasan inflasi:

    RM983.92 x 0.98 = RM964.25

    Tahun 2026

    Penyelarasan kadar faedah bank:

    (RM964.25 x 0.002) + RM964.25 = RM966.18

    Nilai wang simpanan selepas penyelarasan inflasi:

    RM966.18 x 0.98 = RM946.85

    Jelas kan, bagaimana RM1,000 anda menyusut kepada RM946.85 dalam masa 3 tahun?

    Kesimpulannya, nilai wang anda akan menyusut sedikit demi sedikit jika anda menganggap simpanan dalam bank semata-mata akan melindungi kekayaan anda.

    Dengan kata lain, tiada sesiapa boleh lari dari inflasi, melainkan anda mengambil langkah proaktif untuk melindungi nilai wang anda. 

    Atasi Inflasi Dengan 2 Strategi Utama

    Selagi mana inflasi kekal berada di atas kadar faedah simpanan bank, selagi itulah wang simpanan anda akan hilang nilainya dari hari ke hari.

    Bayangkan kalau anda menyimpan wang anda secara fizikal dalam tabung atau anda ‘park’ semua gaji anda di dalam e-wallet…

    Situasi ini lebih kritikal, kerana anda mendedahkan wang anda kepada inflasi secara langsung tanpa sebarang mekanisme menghasilkan pulangan!

    Jadi, apa yang anda boleh lakukan?

    Mudah sahaja. Anda perlu melaburkan wang anda ke dalam medium yang boleh menghasilkan pulangan yang lebih tinggi dari inflasi.

    Dan inilah 2 cara asas untuk mengatasi inflasi:

    1. Simpanan Jangka Panjang

    Aset-aset pelaburan seperti saham, indeks, bon dan ETF mampu menghasilkan pulangan jangka panjang yang berbaloi berbanding akaun simpanan atau deposit tetap.

    Sebagai contoh, Nasdaq Composite memberikan pulangan 20.9% p.a. sepanjang 10 tahun yang lepas.

    Apabila anda mengamalkan teknik compounding yang betul, anda mampu menjana pulangan 566.7% dengan hanya membeli dan memegang indeks tersebut dalam masa 10 tahun yang lepas.

    2. Perdagangan Jangka Pendek Ke Sederhana Dalam Pasaran Kewangan

    Pelaburan saham dan indeks memerlukan modal yang besar. Jika anda tidak memiliki jumlah modal yang berbaloi untuk pelaburan jangka panjang, anda masih boleh menjana pulangan dengan perdagangan CFD.

    Menjana sehingga 100% pulangan dalam sehari, malah dalam beberapa minit, adalah perkara yang biasa untuk trader CFD, asalkan trader tersebut memiliki ilmu dan pengalaman yang betul untuk berdagang CFD.

    Dengan VT Markets, anda boleh menceburi bidang perdagangan CFD melalui 1000 lebih jenis aset. Anda boleh memulakan perdagangan anda dengan semudah membuka akaun live VT Markets, memasukkan deposit dan memulakan trade pertama anda. 

    Luaskan Pandangan Anda Melebihi Simpanan Dan Jana Pulangan Dengan Wang Anda

    Walaupun simpanan wang boleh menjadi berguna untuk keperluan harian dan kecemasan, realitinya, inflasi akan menyusutkan nilai wang anda di dalam akaun simpanan atau tabung fizikal.

    Oleh itu, anda digalakkan untuk mengimbangkan simpanan wang dengan pulangan pelaburan untuk merealisasikan gaya hidup dan kebebasan kewangan yang anda inginkan.

    Buka akaun live VT Markets anda sekarang untuk memulakan perdagangan CFD anda.