Tanya saja mana-mana pedagang, sama ada yang baru bermula atau veteran, jika mereka menggunakan MetaTrader 4 atau MetaTrader 5 untuk trade instrumen kegemaran mereka. Boleh dikatakan 9 atau 10 dari 10 pedagang akan menjawab ‘ya’ kepada soalan ini!
Tetapi, di antara MetaTrader 4 atau MetaTrader 5, yang mana satu lebih berguna, dan apa beza di antara dua versi platform ini?
Dilancarkan pada 2005, MetaTrader 4 ialah perisian yang menjadi pilihan ramai di kalangan pedagang forex. Dikenali kerana cara penggunaannya yang mudah, fungsi-fungsi yang berguna dengan fokus kepada perdagangan mata wang, MT4 menawarkan pengalaman trading yang mesra pengguna untuk pedagang baru dan veteran.
MetaTrader 4 direka khusus untuk perdagangan forex dan ia menawarkan alat-alat asas untuk analisis dan trading.
MetaTrader 4 menawarkan sokongan asas untuk analisis carta dengan 30 indikator teknikal dan 31 objek grafik.
Pengguna MetaTrader 4 boleh menggunakan strategi automatik, backtest strategi-strategi yang berpotensi dan menambah baik pengalaman perdagangan mereka dengan perdagangan algoritma EA.
Direka untuk berfungsi dengan pantas dan lancar pada peranti, MT4 telah terbukti kekal responsif, walaupun dalam keadaan pasaran yang volatil.
Antara muka MT4 yang intuitif memudahkan akses ke fungsi-fungsi perdagangan yang anda perlukan.
MetaTrader 4 ditawarkan oleh kebanyakan broker CFD.
Pedagang boleh mengautomasikan strategi dengan EA untuk menjalankan trade dan membuat analisis. Mereka juga boleh backtest strategi dengan data lampau sebelum memasuki pasaran.
MT4 menawarkan pelbagai indikator teknikal dan alat carta untuk menjalankan analisis teknikal.
MT4 menggunakan bahasa pengaturcaraan MQL4 versi lama. Kekurangan ini boleh mengehadkan kecanggihan indikator yang dibina sendiri dan EA.
MT4 tidak menawarkan jangka masa yang banyak. Oleh itu, pedagang yang memerlukan jangka masa yang unik tidak akan menemuinya dalam MT4.
MT4 tidak menyokong hedging atau netting di kawasan-kawasan tertentu.
MetaTrader 5 adalah versi MT4 yang dikemas kini dan menawarkan lebih banyak alat untuk perdagangan pelbagai aset.
Walaupun MT5 mengekalkan ciri-ciri teras MT4, pedagang boleh mengakses lebih banyak alat perdagangan dan aset yang membuatkannya sesuai untuk pedagang profesional yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka selain forex.
Selain forex, MT5 direka khas untuk perdagangan saham, komoditi, indeks dan mata wang kripto. Ia dibina khas untuk pedagang yang mementingkan kepelbagaian portfolio.
MT5 memiliki tambahan dua jenis pesanan (Buy Stop Limit and Sell Stop Limit) dan menyokong 21 jangka masa. Oleh itu, pedagang akan menikmati fleksibiliti yang tidak ditawarkan dengan MT4.
MT5 menyediakan kalendar ekonomi dan berita, membolehkan pedagang menjejak peristiwa yang boleh mempengaruhi strategi perdagangan mereka.
Bahasa MQL5 yang lebih moden membolehkan pembangunan skrip perdagangan automatik yang lebih kompleks.
MT5 menyediakan ciri DOM yang memaparkan harga beli dan jual merentasi tahap-tahap berbeza. Ciri ini berguna untuk pedagang yang ingin menilai sentimen pasaran dan kecairan.
Dengan 38 indikator teknikal, 44 objek grafik dan pelbagai alat analisis, MT5 menawarkan persekitaran yang kaya dengan data untuk analisis.
MT5 boleh menampung lebih banyak indikator, jangka masa dan tetingkap carta tanpa mengorbankan kepantasan dan kestabilan.
Pedagang boleh membuka posisi membeli dan menjual pada aset yang sama untuk pengurusan risiko yang fleksibel.
Pedagang dengan pelbagai gaya perdagangan akan mendapati MT5 lebih sesuai kerana ia menawarkan ciri-ciri yang lebih komprehensif berbanding MT4.
MT5 tidaklah sepopular MT4. Oleh itu, lebih banyak broker menawarkan MT4 dari MT5. Tambahan lagi, ada pedagang yang ingin kekal menggunakan MT4 kerana mereka sudah mahir menggunakannya.
MT4 mempunyai pengguna dan pembangun perisian yang ramai. Komuniti ini aktif menyumbang sokongan, pandangan dan sumber kepada penambahbaikan MT4. Sebaliknya, komuniti MT5 adalah kecil, yang secara langsung mengehadkan sokongan dan sumber.
Ciri-ciri termaju MT5 boleh menjadi cabaran untuk mereka yang baru mula berdagang.
Anda masih keliru mengenai pilihan platform mana yang terbaik untuk perdagangan anda?
Anda boleh timbangkan soalan-soalan dan jawapan yang menyusul:
1. Adakah anda menumpukan perhatian kepada 2 – 3 aset sahaja?
Jika ya, MT4 sudah memadai untuk anda. Jika anda ingin trade forex, mata wang kripto, saham, komoditi dan indeks, sudah tentu MT5 boleh memenuhi keperluan anda.
2. Adakah anda banyak bergantung kepada indikator dan peristiwa ekonomi untuk membuat keputusan trading?
Jika ya, anda akan mendapati MT5 boleh memberikan anda lebih banyak penunjuk teknikal dan fundamental untuk membentuk keputusan anda.
3. Adakah anda perlukan masa yang lebih pantas untuk backtest dan perdagangan algoritma?
Jika ya, MT5 adalah sesuai untuk anda kerana ia beroperasi dengan bahasa pengaturcaraan MQL5. Bahasa ini mampu menjalankan program-program yang lebih kompleks dengan pantas.
4. Dan yang paling penting…adakah anda baru belajar trading?
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia perdagangan, terutamanya forex atau emas, MT4 sudah memadai untuk keperluan anda.
Anda masih boleh menggunakan MT5, tetapi harus diingatkan anda perlukan masa untuk memahami fungsi-fungsi tambahan MT5. Kemungkinan besar anda tidak akan dapat memanfaatkan MT5 100% sebagai seorang newbie!
Anda disarankan untuk bermula dengan MT4 dulu kerana ia masih boleh membantu anda dengan analisis asas, memilih aset, memasuki pasaran, dan mengaut keuntungan jika rezeki berpihak kepada anda.
Bacaan lanjut: Laman MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 kami.
Buka akaun live VT Markets untuk memulakan perdagangan anda.