Jika anda ada kerap berdagang forex dengan pasangan mata wang USD, strategi dan hasil perdagangan anda banyak dipengaruhi oleh keadaan ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Salah satu data ekonomi AS yang mempengaruhi ketidaktentuan pasaran forex ialah data buruh yang dilaporkan oleh non-farm payroll (NFP). Kisah pendek yang berikutnya memberikan ilustrasi bagaimana situasi seseorang pekerja di AS mempengaruhi seorang pedagang forex di Malaysia.
Di Sillicon Valley, Joe, seorang programmer yang telah berkhidmat dengan sebuah syarikat perisian pangkalan data selama lima tahun, baru saja mengetahui yang dia adalah seorang dari beribu-ribu tenaga kerja di industri teknologi yang dibuang kerja.
Berita pembuangan kerja besar-besaran ini tersebar dengan cepat dalam industri teknologi dan menjadi tajuk yang mendominasi laman-laman berita di seluruh dunia.
Tidak lama selepas itu, di Kuala Lumpur, Ahmad, seorang pedagang forex yang berpengalaman, telah membaca berita pembuangan kerja tersebut dari internet. Ahmad menyedari implikasi berita tersebut ke atas strategi perdagangannya untuk minggu itu.
Pembuangan kerja besar-besaran di industri teknologi menandakan cabaran ekonomi untuk AS. Ahmad menyedari yang situasi ini akan melemahkan USD disebabkan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve untuk memulihkan ekonomi.
Bagi mengesahkan tanggapan Ahmad terhadap situasi ekonomi AS, beliau menunggu data-data yang penting dari non-farm payroll (NFP) yang akan diedarkan pada hari Jumaat. Akhirnya, pada hari Jumaat yang dinanti-natikan, laporan dari NFP adalah seiring dengan tanggapan Ahmad:
Pasaran buruh AS merudum dan kadar pengangguran telah meningkat!
Dengan laporan yang kukuh ini, Ahmad mengubah strateginya untuk membuka posisi menjual USD dan memantau pasaran untuk menutup posisi pada masa yang terbaik.
Cabaran Joe untuk mencari pekerjaan baru telah menyebabkan reaksi berantai yang mempengaruhi pasaran kewangan, forex dan strategi pedagang-pedagang forex seperti Ahmad.
Soalan seterusnya: apakah non-farm payroll dan kepentingannya dalam forex?
Non-Farm Payroll (NFP) adalah indikator ekonomi AS yang dikeluarkan oleh Bureau of Labor Statistics.
NFP memberikan maklumat penting mengenai keadaan ekonomi AS dengan melaporkan jumlah pekerja di pasaran buruh AS, tapi jumlah ini tidak termasuk pekerja ladang, perkhidmatan awam, persendirian isi rumah, dan organisasi yang bukan berasaskan keuntungan.
Laporan ini biasanya dikeluarkan pada hari Jumaat pertama dalam setiap bulan dan sentiasa dinanti-nantikan oleh pedagang dan pelabur di seluruh dunia.
Jumlah pekerjaan yang ditambah atau hilang pada bulan sebelumnya.
Peratusan dari kumpulan buruh yang menganggur dan aktif mencari pekerjaan.
Perubahan dalam pendapatan pekerja memberikan pandangan mengenai kenaikan atau penurunan pendapatan yang mempengaruhi perbelanjaan pengguna dan inflasi.
Komponen in melaporkan perubahan pekerjaan mengikut sektor, seperti sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan. Data ini memberikan gambaran mengenai perubahan saiz sesuatu sektor yang bernilai untuk pelabur dan pembuat polisi.
Data purata jam bekerja dalam seminggu memberikan gambaran mengenai permintaan buruh dan sama ada saiz tenaga kerja mengembang atau menguncup.
Peratusan dari populasi dalam julat umur bekerja yang memiliki pekerjaan atau aktif mencari pekerjaan.
Laporan pasaran buruh, forex dan kadar faedah saling berkait di antara satu sama lain.
Di sini, kita boleh meneliti dua situasi berdasarkan keputusan NFP, iaitu sentimen pasaran buruh yang positif (jumlah pekerjaan kekal atau bertambah) dan sentimen buruh yang negatif (jumlah pekerjaan berkurangan).
Laporan NFP memberikan isyarat pertumbuhan pekerjaan yang lebih tinggi dari jangkaan. Oleh itu, ekonomi AS adalah kukuh dan Federal Reserve meningkatkan kadar faedah.
Dengan kadar faedah yang lebih tinggi, pedagang lebih berminat untuk membeli USD. Sentimen ini meletakkan USD sebagai aset bullish dalam pasaran forex.
Laporan NFP memberikan isyarat penguncupan pekerjaan yang lebih rendah dari jangkaan. Pedagang menafsirkan isyarat ini sebagai penanda ekonomi AS yang lemah. Federal Reserve memotong kadar faedah untuk meransang ekonomi.
Dengan kadar faedah yang lebih rendah, pedagang lebih cenderung untuk menjual matawang USD mereka. Oleh itu, nilai USD menjunam dalam pasaran forex.
Selain USDJPY, anda juga harus memberi perhatian kepada laporan NFP jika anda aktif berdagang pasangan-pasangan USD lain, seperti EURUSD, GBPUSD, USDCHF dan AUDUSD.
Walaupun begitu, anda harus peka yang laporan NFP juga mempengaruhi ketidaktentuan pasaran forex secara keseluruhan, bukan kepada pasangan USD saja!
Ini adalah kerana laporan NFP boleh mempengaruhi sentimen pasaran dan selera risiko. Laporan NFP yang positif boleh menggalakan sentimen risk-on. Sentimen ini akan menguatkan nilai dolar Kanada (CAD) atau dolar Australia (AUD) walaupun mata wang ini tidak berpasangan dengan USD.
Jika laporan NFP pula adalah negatif, sentimen risk-off boleh menyusul dan mengukuhkan mata wang safe-haven seperti Yen Jepun (JPY) atau Swiss Franc (CHF).
Akhir sekali, laporan NFP sering dianalisa dengan indikator-indikator ekonomi lain yang boleh mempengaruhi situasi pasangan-pasangan matawang bukan USD.
Data pasaran buruh yang baru dikeluarkan akan merancakkan ketidaktentuan pasaran. Harga akan meningkat atau menjunam dengan ketara. Elakkan membeli atau menjual semasa tempoh awal ini untuk mengelakkan ayunan harga yang tidak dijangka.
Ada pedagang yang cuba meramalkan reaksi pasaran kepada data NFP dengan mengkaji indikator dan ramalan konsensus. Jika mereka percaya laporan akan tersasar dari jangkaan, mereka akan membuka posisi sebelum laporan dikeluarkan untuk mengambil peluang ketidaktentuan pasaran.
Bagi scalper, mereka akan terus memasuki pasaran sejurus selepas laporan dikeluarkan untuk mengambil kesempatan di atas ketidaktentuan dalam timeframe yang pendek.
Pedagang boleh menggunakan trailing stop untuk kekal lebih lama dalam tempoh yang menguntungkan. Ia seperti menggunakan stop loss yang boleh ditetapkan pada jumlah peratusan atau harga yang ditetapkan.
Selaraskan saiz posisi berdasarkan keadaan pasaran. Buka posisi yang lebih kecil semasa ketidaktentuan pasaran memuncak selepas data NFP dikeluarkan.
Gunakan stop loss untuk menutup posisi secara automatik dan melindungi dana anda. Sasarkan take profit pada dua kali jarak stop loss untuk untuk mendapatkan nisbah risiko – untung yang berbaloi.
Kaji ramalan penganalisa dan data NFP lampau untuk mengagak reaksi pasaran terhadap NFP yang akan datang. Maklumat yang anda perolehi dari latihan ini akan memberikan anda idea mengenai arah pasaran supaya anda boleh memasuki pasaran dengan betul.
Cari peluang untuk memasuki pasaran selepas anda melihat trend yang stabil selepas laporan NFP dikeluarkan.
Laporan NFP menawarkan data yang boleh mempengaruhi pasaran forex dan strategi anda sebagai pedagang forex.
Dengan memahami sentimen buruh AS dan laporan NFP, pedagang boleh mencorakkan strategi dan pengurusan risiko mereka untuk memanfaatkan peluang daripada ketidaktentuan pasaran yang dipengaruhi data NFP.
Buka akaun VT Markets anda sekarang dan mula berdagang dengan kami.