VT Markets APP

    Trade CFDs on FX, Gold and more

    Get

    Panduan Anda Kepada Batang Lilin Jepun Dalam Perdagangan

    September 24, 2024

    Jika anda baru saja menceburi bidang trading, sama ada untuk forex, CFD atau saham, anda tidak akan terlepas dari melihat siri bar menegak yang merentasi carta dari kiri ke kanan.

    Bar tersebut adalah ‘Japanese candlestick’, atau batang lilin Jepun. Setiap lilin  memberikan maklumat yang tersendiri mengenai pergerakan harga sesuatu instrumen dalam tempoh masa yang dipilih.

    Melalui jenis-jenis lilin dan corak yang dibentukkan, trader boleh menentukan titik untuk memasuki dan keluar dari pasaran. Apabila corak lilin dikaji dengan kaedah-kaedah teknikal dan konteks pasaran, pedagang mampu memahami trend pasaran untuk memaksimumkan keberangkalian mendapatkan keuntungan.

    Sebelum kita merungkai corak lilin, kita harus memahami komponen-komponen lilin dan tujuan setiap komponen.

    Dua Komponen Batang Lilin Jepun

    Lilin Jepun mengandungi dua komponen yang memberikan maklumat penting mengenai pasaran:

    Badan

    Badan lilin mewakili julat di antara harga buka dan tutup dalam tempoh masa tertentu.

    Lilin menaik selalunya berwarna hijau/putih. Harga tutup untuk lilin menaik adalah lebih tinggi dari harga buka. 

    Kalau lilin berwarna merah/hitam, ini bermakna sesi ini dikawal oleh penjual dan lilin ini adalah menurun. Harga tutupnya adalah lebih rendah dari harga bukanya.

    Sumbu

    Nak tahu cara mudah untuk menilai ketaktentuan (volatility) dalam sesuatu tempoh? Lihat saja kepanjangan sumbu lilin.

    Jika lilin itu panjang, bermakna terdapat konflik di antara pembeli dan penjual yang menjurus kepada ketaktentuan tinggi. Sumbu pendek pula menggambarkan pasaran yang tenang.

    Tetapi, tujuan utama sumbu adalah untuk mewakili julat harga yang melepasi harga buka dan tutup.

    Cara Mudah Mengenali 11 Jenis Batang Lilin Jepun 

    1. Doji

    2. Marubozu Bullish Dan Bearish

    3. Spinning Top

    4. Hammer Dan Inverted Hammer

    5. Shooting Star Dan Hanging Man

    6. Bullish Engulfing Dan Bearish Engulfing

    7. Bullish Harami Dan Bearish Harami

    8. Morning Star Dan Evening Star

    9. Three White Soldiers Dan Three Black Crows

    10. Three Inside Up Dan Three Inside Down

    11. Rising Three

    1. Doji

    Bagaimana nak kenal pasti doji?

    Ini adalah bentuk lilin yang paling mudah untuk dicam kerana doji tidak mempunyai badan. Harga buka dan tutup berada di paras yang sama.

    Terdapat tiga jenis doji yang boleh menggambarkan keadaan pasaran seperti berikut:

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari doji?

    Doji diklasifikasikan sebagai lilin neutral jika ia ditemui dalam gerakan mendatar. Ia menjadi signifikan apabila dilihat pada kawasan harga tinggi selepas uptrend, atau pada kawasan harga rendah selepas downtrend.

    Dalam situasi sebegini, doji berkemungkinan memberi isyarat tentang pembalikan pasaran. Doji yang dilihat selepas lilin hijau atau merah yang panjang juga akan memberi petunjuk kemungkinan pembalikan.

    Kembali ke atas

    2. Marubozu Bullish Dan Bearish

    Bagaimana nak kenal pasti marubozu?

    Kalau lilin tersebut ‘botak’ dan tidak mempunyai sumbu, maka anda sedang melihat lilin marubozu. Bergantung kepada keadaan pasaran, marubozu boleh menjadi hijau atau merah.

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari marubozu?

    Lilin marubozu merah/hitam yang panjang dan botak dianggap sebagai isyarat menurun yang ketara. Ia menandakan aset tersebut dibuka pada harga tertinggi dan ditutup pada harga terendah. Dalam lilin marubozu merah/hitam, penjual menguasai pasaran sepenuhnya dalam tempoh tersebut.

    Sebaliknya, lilin hijau/putih yang panjang dan botak memberikan isyarat menaik yang sangat kuat. Pembeli mengawal sepenuhnya pasaran pada tempoh tersebut, dengan pembukaan pada harga terendah dan penutupan pada harga tertinggi.

    Kembali ke atas

    3. Spinning Top

    Bagaimana nak kenal pasti spinning top?

    Lilin spinning top mempunyai bentuk yang serupa dengan doji, kecuali spinning top mempunyai badan yang nipis di tengah-tengah sumbu. Sumbu atas dan bawah pula jauh lebih panjang dari badan.

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari spinning top?

    Spinning top menggambarkan keadaan yang tidak menentu di dalam pasaran, iaitu penjual dan pembeli sedang merebut kawalan atas pasaran.

    Keadaan tidak menentu ini boleh mengekalkan momentum pergerakan mendatar, lebih-lebih lagi jika spinning top berada dalam julat sedia ada.

    Sebaliknya, spinning top boleh menandakan keterbalikan trend jika ia muncul selepas uptrend atau downtrend.

    Satu perkara penting yang anda perlu tahu ialah warna spinning top tidak penting, dan lokasinya lebih banyak memainkan peranan dalam menggambarkan arah pasaran.

    Kembali ke atas

    4. Hammer Dan Inverted Hammer

    Bagaimana nak kenal pasti hammer?

    Lilin ini boleh dikenal pasti di paras terendah downtrend. Hammer memiliki badan yang kecil dan sumbu yang dua atau tiga kali lebih panjang dari badan. Sumbu atasnya sangat pendek atau hammer tersebut botak di atasnya.

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari hammer?

    Jika pasaran menunjukkan hammer selepas downtrend yang berlarutan, ia berkemungkinan menandakan trend bullish akan mengambil alih.

    Walaupun sentimen menjual semakin berkurang apabila hammer muncul, ini tidak bermaksud anda harus membuka posisi membeli serta-merta.

    Sebaik-baiknya anda harus menunggu pergerakan menaik yang ketara di tempoh seterusnya sebelum membuka posisi membeli.

    Sama seperti spinning top, warna hammer tidak penting dalam memberikan maklumat, hanya lokasinya yang bernilai dalam carta.

    Bagaimana nak kenal pasti inverted hammer?

    Sama seperti hammer, inverted hammer boleh dijumpai di paras terendah downtrend. Label ‘inverted’ bermaksud terbalik, dan asalkan hammer tersebut balik, anda sudah menemui inverted hammer.

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari inverted hammer?

    Terdapat kemungkinan pasaran akan beralih dari menurun kepada menaik. Walaupun potensi keterbalikannya adalah sama dengan hammer, sentimen pasaran dengan inverted hammer adalah berbeza dari hammer.

    Sumbu atas yang panjang menandakan pembeli sedang mengawal pasaran dengan rintangan daripada penjual. Tetapi, penjual tidak berjaya untuk mengurangkan sentimen membeli.

    Oleh itu, peluang untuk pasaran menaik adalah semakin tinggi untuk sesi selepas inverted hammer.

    Pastikan anda menunggu isyarat menaik yang lebih selamat untuk membuka posisi membeli dalam tempoh sererusnya.

    Kembali ke atas

    5. Shooting Star Dan Hanging Man

    Bagaimana nak kenal pasti shooting star?

    Shooting star adalah serupa dengan inverted hammer. Bezanya, ia boleh dilihat di puncak uptrend.

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari shooting star?

    Shooting star sentiasa dianggap sebagai isyarat keterbalikan menurun selepas uptrend, selagi mana anda menunggu pengesahan dari lilin yang seterusnya.

    Bagaimana nak kenal pasti hanging man?

    Hanging man adalah serupa dengan hammer. Bezanya, ia boleh dilihat di puncak uptrend.

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari hanging man?

    Anda boleh menafsir lilin ini sebagai tanda pasaran akan menurun selepas uptrend, selagi mana anda menunggu pengesahan dari lilin yang seterusnya.

    Kembali ke atas

    6. Bullish Engulfing Dan Bearish Engulfing

    Bagaimana nak kenal pasti bullish engulfing?

    Anda boleh mengenal pasti bullish engulfing apabila badan lilin menaik adalah jauh lebih panjang dari lilin menurun sebelumnya serta penutupan harga lilin menaik adalah lebih tinggi dari harga buka lilin menurun sebelumnya .

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari bullish engulfing?

    Bullish engulfing akan muncul di dasar downtrend dan menandakan keterbalikan untuk pasaran uptrend. Pedagang boleh menafsirkan pasangan lilin ini sebagai perubahan ke sentimen positif.

    Bagaimana nak kenal pasti bearish engulfing?

    Anda boleh mengenal pasti bearish engulfing apabila badan lilin menurun adalah jauh lebih panjang dari lilin menaik sebelumnya serta penutupan harga lilin menurun adalah lebih rendah dari harga buka lilin menaik sebelumnya .

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari bearish engulfing?

    Bearish engulfing akan muncul di puncak uptrend dan menandakan keterbalikan untuk pasaran downtrend. Pedagang boleh menafsirkan pasangan lilin ini sebagai perubahan ke sentimen negatif.

    Kembali ke atas

    7. Bullish Harami Dan Bearish Harami

    Bagaimana nak kenal pasti bullish harami?

    Secara mudah, harami adalah kembar berlawanan engulfing.

    Corak lilin bullish harami adalah corak dua lilin yang terdiri daripada satu lilin menurun panjang dan satu lilin menaik kecil, di mana keseluruhan badan lilin menaik terletak di dalam badan lilin menurun yang sebelumnya.

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari bullish harami?

    Tunggu harga untuk mencapai dasar pasaran. Kemunculan bullish harami menandakan trend akan menukar arah ke atas. Posisi kemasukan yang ideal semasa trading dengan corak bullish harami adalah ketika pengesahan penutupan lilin ketiga corak ini.

    Bagaimana nak kenal pasti bearish harami?

    Corak lilin bearish harami adalah corak dua lilin yang terdiri daripada satu lilin menaik panjang dan satu lilin menurun kecil, di mana keseluruhan badan lilin menurun terletak di dalam badan lilin menaik yang sebelumnya.

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari bearish harami?

    Tunggu harga untuk mencapai puncak pasaran. Kemunculan bearish harami menandakan trend akan menukar arah ke bawah. Posisi kemasukan yang ideal semasa trading dengan corak bearish harami adalah ketika pengesahan penutupan lilin ketiga corak ini.

    Kembali ke atas

    8. Morning Star Dan Evening Star

    Bagaimana nak kenal pasti morning star?

    Morning star adalah corak di dasar downtrend yang dibentuk dari tiga lilin berikut dari kiri ke kanan:

    1. Lilin menurun yang panjang

    2. Lilin pendek atau spinning top yang kecil

    3. Lilin menaik yang ketara yang harga tutupnya lebih tinggi dari harga buka lilin pertama

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari morning star?

    Morning star memberi isyarat boleh ditafsirkan sebagai isyarat keterbalikan bullish di penghujung downtrend.

    Dapatkan pengesahan arah pasaran selepas morning star dengan memerhatikan trend sambil menggunakan indikator untuk menguatkan andaian.

    Bagaimana nak kenal pasti evening star?

    Evening star adalah kembar berlawanan morning star. Ia memiliki tiga jenis lilin berikut dari kiri ke kanan di puncak uptrend:

    1. Lilin menaik yang panjang

    2. Lilin pendek atau spinning top yang kecil

    3. Lilin menurun yang ketara dan harga tutupnya lebih rendah dari harga buka lilin pertama

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari evening star?

    Corak ini menandakan pasaran bull mengalami kecelaruan yang sementara dan cenderung untuk memulakan momentum menurun.

    Dapatkan pengesahan arah pasaran selepas evening star dengan memerhatikan trend sambil menggunakan indikator untuk menguatkan andaian.

    Kembali ke atas

    9. Three White Soldiers Dan Three Black Crows

    Bagaimana nak kenal pasti three white soldiers?

    Corak ini boleh dilihat selepas downtrend. Ia terdiri dari tiga lilin menaik yang jelas dengan penutupan untuk setiap lilin adalah lebih tinggi dari penutupan lilin sebelumnya. Setiap ‘soldier’ harus memiliki lilin yang lebih panjang dari lilin sebelumnya.

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari three white soldiers?

    Kebiasannya, isyarat yang boleh ditafsir dari corak ini ialah momentum kenaikan yang ketara selepas downtrend mencapai dasarnya. Anda boleh membuka posisi membeli sambil mengamalkan pengurusan risiko yang anda biasa gunakan.

    Bagaimana nak kenal pasti three black crows?

    Three black crows menunjukkan sentimen yang berlawanan dengan three white soldiers. Corak ini boleh dilihat selepas uptrend. Ia terdiri dari tiga lilin menurun yang setiapnya lebih panjang berbanding lilin sebelumnya.  

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari three black crows?

    Kebiasannya, isyarat yang boleh ditafsir dari corak ini ialah momentum penurunan yang ketara selepas puncak uptrend. Anda boleh membuka posisi menjual sambil mengamalkan pengurusan risiko yang anda biasa gunakan.

    Kembali ke atas


    10. Three Inside Up Dan Three Inside Down

    Bagaimana nak kenal pasti three inside up?

    Lilin menurun pertama mempunyai badan yang panjang dengan sumbu atas dan bawah. Lilin kedua adalah lilin menaik yang ditelan oleh lilin menurun pertama, menunjukkan perubahan pergerakan pasaran dari menurun ke menaik.

    Lilin ketiga adalah lilin menaik yang bermula di atas penutupan lilin kedua. Lilin ketiga ditutup di atas lilin pertama, menandakan selesainya pembalikan trend pasaran dari menurun ke menaik.

    Corak ini dianggap sebagai “three inside up” hanya apabila lilin ketiga dibuka separuh di atas lilin menurun pertama.

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari three inside up?

    Corak tiga lilin ini dijumpai di dasar downtrend dan menandakan keterbalikan ke arah pasaran bull. Anda boleh membuka posisi membeli jika anda mampu mengesahkan arah ke atas dengan konteks pasaran dan indikator.

    Bagaimana nak kenal pasti three inside down?

    Lilin menaik pertama mempunyai badan yang panjang dengan sumbu atas dan bawah. Lilin kedua adalah lilin menurun yang ditelan oleh lilin menaik pertama, menunjukkan perubahan pergerakan pasaran dari menaik ke menurun.

    Lilin ketiga adalah lilin menurun yang bermula dari bawah harga penutupan lilin kedua. Lilin ketiga ditutup di bawah lilin pertama, menandakan selesainya pembalikan trend pasaran dari menaik ke menurun.

    Corak ini dianggap sebagai “three inside down” hanya apabila lilin ketiga dibuka separuh di bawah lilin menaik pertama.

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari three inside down?

    Corak tiga lilin ini dijumpai di puncak uptrend dan menandakan keterbalikan ke arah pasaran bear. Anda boleh membuka posisi menjual jika anda mampu mengesahkan arah ke bawah dengan konteks pasaran dan indikator.

    Kembali ke atas

    11. Rising Three

    Bagaimana nak kenal pasti rising three?

    Struktur corak candlestick “rising three” terdiri daripada lima lilin. Lilin pertama adalah lilin menaik yang panjang dan merupakan sebahagian daripada uptrend yang sedang berlaku.

    Tiga lilin berikutnya adalah lilin menurun, dengan badan mereka terkandung dalam badan lilin pertama. Tiga lilin menurun ini trading pada harga yang lebih tinggi daripada paras terendah lilin pertama tetapi lebih rendah daripada paras tertinggi lilin pertama.

    Lilin kelima dan terakhir dalam corak ini adalah lilin menaik di mana paras tertingginya melebihi paras tinggi candlestick pertama. Candlestick kelima ini juga ditutup pada harga yang lebih tinggi daripada candlestick pertama.

    Apa yang anda boleh tafsirkan dari rising three?

    Lilin bear ini muncul di dalam uptrend kerana terdapat perubahan sementara dalam sentimen.

    Pembeli menghentikan aktiviti perdagangan mereka buat sementara waktu, tetapi kemunculan lilin menaik kelima selepas lilin menurun keempat menandakan pembeli masih mengawal pasaran.

    Oleh itu, jika anda sudah berada dalam posisi membeli, anda boleh meneruskan momentum anda sehingga ke tahap yang anda mahukan. Pastikan anda mendapatkan pengesahan untuk momentum pasaran bull jika melihat rising three.

    Kembali ke atas

    Kata Penutup

    Batang lilin Jepun menawarkan cara yang mudah dan praktikal untuk memahami pergerakan harga dan sentimen pasaran secara keseluruhan.

    Tetapi, anda harus peka dengan fakta yang penting mengenai batang lilin Jepun:

    Walaupun batang lilin Jepun merupakan alat analisis pasaran yang bernilai, ia tidak bermaksud anda boleh bergantung kepada bentuk dan corak lilin semata-mata untuk membuat sebarang keputusan perdagangan.

    Anda harus memberi perhatian kepada situasi ekonomi, konteks pasaran dan penggunaan indikator yang bersesuaian sebelum membuka dan menutup posisi.