Situasi mana yang menjadi pilihan apabila anda memancing di sungai?
A: Melontar joran di sungai yang tenang dan menunggu di lokasi sama sehingga sejam untuk membuat dua atau tiga tangkapan.
B: Melontar joran di sungai yang deras dan kerap menukar lokasi setiap beberapa minit untuk memaksimumkan tangkapan dalam kurang dari setengah jam.
Sudah tentu anda memilih situasi B kerana anda mampu mendapatkan lebih banyak tangkapan dalam setengah jam, betul tak?
Tapi harus diingat, untuk berjaya dalam situasi B, anda perlu memiliki ilmu dan kemahiran teknikal memancing yang tinggi untuk berjaya.
Inilah salah satu analogi untuk menggambarkan teknik scalping dalam perdagangan.
Scalping ialah teknik perdagangan berfrekuensi tinggi dalam masa yang singkat dengan objektif mengaut keuntungan dari pergerakan-pergerakan harga yang kecil.
Teknik ini sering dipraktikkan oleh pedagang yang gemarkan membuat keuntungan kecil berulang-ulang kali.
Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!
Pedagang yang mahir dengan teknik scalping, juga dipanggil scalper, perlu mahir berdagang dalam keadaan risiko yang tinggi. Tempoh masa perdagangan scalping yang hanya mengambil beberapa saat dan minit juga memerlukan kepantasan dan ketepatan yang tinggi.
Scalper menjalankan aktiviti perdagangan mereka dalam masa yang sangat singkat, iaitu dalam Timeframe 1-minit atau 5-minit. Ini bermaksud scalper membuka dan menutup posisi dalam beberapa minit atau saat saja.
Scalper mengejar keuntungan dalam jumlah pip yang kecil. Disebabkan frekuensi scalping yang tinggi, keuntungan kecil ini akan bertambah dengan setiap transaksi yang berjaya.
Disebabkan penggantungan teknik ini kepada pergerakan harga dalam masa yang singkat, scalper memerlukan talian internet yang stabil untuk mengakses data pasaran dalam masa nyata. Scalper juga memerlukan broker yang boleh menawarkan perlaksanaan yang pantas.
Secara amnya, scalping dalam pasaran forex boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tetapi, waktu di mana sesi bertindih adalah tempoh terbaik kerana pedagang boleh mengakses kecairan tinggi dengan spread rendah.
Pasaran Bertindih | Waktu Bertindih |
---|---|
Sesi Asia (Tokyo/Sydney) | 12.00 am – 9.00 am GMT |
Sesi Eropah (London) | 8.00 am – 5.00 am GMT |
Sesi Amerika Utara | 1.00 pm – 10.00 pm GMT |
Parabolic SAR adalah indikator teknikal yang digunakan untuk menentukan arah harga aset dan ia boleh memberikan isyarat dalam perubahan arah harga. Indikator ini dipaparkan sebagai titik-titik di atas atau di bawah garisan harga.
Jika titik berada di atas garisan, pasaran boleh ditafsirkan sebagai bearish dan momentum akan terus menjunam. Sebaliknya, pasaran adalah bullish jika titik berada di bawah garisan.
Apabila kedudukan titik berubah, ia menandakan potensi perubahan arah harga. Jika titik berada di atas garisan dan ia menukar posisi ke bawah garisan, ia adalah petanda kenaikan harga akan mengambil alih.
Tahap stop-loss order boleh ditentukan dengan indikator ini. Apabila harga aset sedang meningkat, stop-loss harus diletakkan pada tahap dot yang terakhir di bawah garisan. Dengan cara ini, anda boleh melindungi keuntungan dan menutup posisi apabila trend diterbalikkan.
Jadi, apa kesimpulan kelebihan indikator ini?
Parabolic SAR boleh ditafsirkan sebagai signal untuk membeli atau menjual. Terpulang kepada pedagang jika ingin mengambil bahagian dalam pasaran bullish atau bearish.
RSI membantu pedagang menilai kepantasan dan perubahan pergerakan harga. Secara amnya, ia digunakan untuk mengenalpasti keadaan overbought dan oversold dalam pasaran.
RSI ditunjukkan di bawah carta utama dengan skala dari 0 sehingga 100. Bacaan yang kurang dari 30 menandakan pasaran oversold dan kemungkinan trend untuk melonjak semakin pasti.
Maksudnya, aset dalam pasaran oversold adalah penanda trend akan meningkat dan ia dalah petanda untuk membuka posisi membeli.
Bacaan RSI yang melangkaui 70 menandakan pasaran overbought. Oleh itu, trend mungkin akan menjunam yang memberikan petanda untuk menjual.
Kalaulah garisan dalam carta bergerak dalam garisan yang lurus, tentulah lebih mudah untuk membuat keputusan perdagangan.
Tetapi, ini bukanlah realiti yang kita perhatikan setiap hari!
Sebab itulah MA merupakan indikator yang kerap digunakan dalam scalping. Indikator ini meratakan naik turun garisan harga untuk memudahkan perbezaan di antara gangguan latar belakang pasaran dan trend sebenar pasaran.
Satu fakta yang perlu difahami berkaitan MA:
Indikator ini tidak akan memberikan petunjuk mengenai pergerakan harga akan datang, tetapi lebih berguna untuk mengenal pasti perubahan trend.
Terdapat dua jenis MA, iaitu Simple Moving Average (SMA) dan Exponential Moving Average (EMA).
Dalam scalping, EMA lebih praktikal untuk digunakan kerana ianya lebih pantas bertindak balas terhadap perubahan arah harga.
Melalui EMA dalam carta di atas, kita boleh mentafsirkan trend harga berdasarkan kedudukan posisi EMA relatif kepada harga.
Apabila garisan berada di atas MA, ia menandakan trend yang menaik dan membuka peluang untuk membukal posisi membeli. Jika garisan berada di bawah MA, pasaran sedang bearish dan ianya lebih ideal untuk membuka posisi menjual.
Tujuan utama indikator stochastic adalah memberikan gambaran mengenai momentum dan kekuatan trend. Indikator ini mengkaji pergerakan harga dan memberitahu betapa pantas dan kuat pasaran tersebut bergerak.
Idea utama di sebalik indikator stochastic adalah momentum harga aset akan berubah sebelum terdapat perubahan arah harga aset tersebut. Oleh itu, indikator ini sesuai digunakan untuk menjangkakan pembalikan trend.
Indikator ini berfungsi dengan mengutamakan lokasi harga penutupan aset relatif kepada julat tinggi-rendah harga dalam tempoh lampau yang ditetapkan. Biasanya, 14 tempoh yang lepas dipilih.
Perbandingan di antara harga penutupan dan pergerakan harga lampau ini memberikan maklumat mengenai titik pembalikan harga.
Indikator ini dipamerkan sebagai dua garisan di antara skala 0 dan 100 di bawah carta. Apabila indikator berada di tahap tinggi, ia bermaksud harga aset tersebut ditutup hampir kepada puncak julat 14-tempoh. Sebaliknya, apabila indikator berada di tahap rendah, ia bermaksud harga ditutup hampir kepada dasar julat 14-tempoh.
Selain itu, indikator stochastik boleh digunakan untuk mengenal pasti keadaan oversold dan overbought. Ia juga boleh mengesan pembalikan trend.
Mengalami kerugian kecil adalah satu kepastian dalam scalping, tetapi ia boleh menjadi masalah yang lebih besar apabila pedagang obses dengan membuka posisi secara berlebih-lebihan untuk mengganti kerugian kecil tersebut.
Apabila pedagang membuka posisi secara melulu untuk mengganti kerugian, emosi boleh mengambil alih dan ia akan menjurus ke arah kerugian yang lebih besar.
Adalah penting untuk mengawal emosi dan sentiasa mengikuti strategi yang telah ditetapkan, tanpa mengira insiden perdagangan terdahulu.
Walaupun scalper tidak terdedah kepada risiko pasaran dalam jangka masa panjang, scalper masih perlu peka dengan dinamik pasaran semasa scalping untuk mengelakkan pergerakan pasaran yang tidak dijangka.
Apa itu overtrading? Ia adalah keadaan di mana scalper mengambil bahagian dalam pasaran dalam jumlah yang terlalu banyak disebabkan sifat scalping yang berfrekuensi tinggi.
Overtrading boleh menjurus kepada kos transaksi yang tinggi, gangguan mental dan emosi kerana berdagang di bawah tekanan tinggi yang berlarutan.
Scalping melibatkan perdagangan frekuensi tinggi. Jika scalping dipraktikkan tanpa pengurusan risiko, satu langkah kiri yang tidak disengajakan mampu menghilangkan semua keuntungan scalping yang dikaut.
Dengan mempraktikkan pengurusan risiko, anda boleh mengelakkan pulangan yang tidak konsisten.
Scalping memerlukan kemahiran membuat keputusan pantas dalam situasi tekanan tinggi. Mempraktikkan strategi menangani risiko banyak membantu meringankan tekanan emosi dengan menawarkan sistem perdagangan berstruktur.
Buat pesanan stop-loss yang memenuhi kriteria toleransi risiko anda. Pesanan stop-loss adalah kritikal untuk menghadkan kerugian yang mungkin akan dialami semasa scalping.
Kira saiz posisi anda berdasarkan modal dan toleransi risiko anda. Hadkan jumlah risiko yang akan dialami pada setiap perdagangan. Kebiasannya, risiko harus ditetapkan pada 1-2% untuk setiap perdagangan.
Jika anda ingin menggunakan leveraj yang tinggi, pastikan potensi kerugian tidak melebihi toleransi risiko anda.
Kurangkan kos transaksi dengan memilih waktu perdagangan yang terbaik untuk aset pilihan anda. Lakukan aktiviti scalping di dalam tempoh yang menawarkan kecairan tinggi dan spread yang rendah.
Berlatih menggunakan indikator-indikator sehingga anda mahir mengenal pasti titik masuk dan keluar perdagangan.
Elakkan berdagang semasa pengumuman berita eknomi berimpak tinggi untuk mengelakkan risiko pergerakan pasaran yang tidak menentu.
Scalping ialah aktiviti perdagangan berfrekuensi tinggi yang memerlukan kemahiran dan dispilin yang tinggi untuk berjaya.
Tidak dilupakan juga, pedagang yang ingin aktif dalam scalping harus memiliki pemahaman indikator teknikal yang tinggi sambil disokong oleh pengurusan risiko yang mantap.
Adakah anda ingin menceburi teknik scalping dalam perdagangan anda?
Buka akaun VT Markets anda sekarang dan mula berdagang dengan kami!