VT Markets APP

    Trade CFDs on FX, Gold and more

    Get

    Trump, Bitcoin, Dan Rizab Negara: Apakah Implikasinya Kepada USD Dan Bitcoin?

    August 6, 2024

    Sebarang ketidakpastian mengenai pandangan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Republikan, Donald Trump, terhadap Bitcoin sudah lesap sepenuhnya selepas beliau memberikan ucapan dasar di Bitcoin 2024 Conference.

    Terdapat banyak ulasan menarik oleh Trump semasa beliau berucap di podium. Tetapi, satu ungkapan Trump merumuskan pendiriannya terhadap mata wang kripto ini jika beliau diangkat sebagai Presiden AS untuk kali kedua:

    “Pentadbiran saya akan menguatkuasakan polisi untuk mengekalkan 100% Bitcoin yang berada di dalam tangan kerajaan AS, termasuklah bitcoin yang akan dimiliki pada masa akan datang”

    Kenyataan ini sangat menarik untuk diteliti kerana ia menggambarkan perubahan pandangan Trump yang ketara terhadap mata wang kripto. Lihat saja tweet beliau pada tahun 2019 ini:

    Tetapi, bukan itu saja!

    Trump mencipta sejarah sebagai calon presiden pertama dalam sejarah AS yang menerima mata wang kripto sebagai sumbangan kempennya untuk menerajui White House.

    Artikel ini akan meneliti impak dari polisi yang akan dikuatkuasakan oleh Trump terhadap status USD dan Bitcoin dalam pasaran kewangan.

    Bitcoin Sebagai Rizab Strategik AS

    Apabila polisi Trump dilihat dari perspektif jangka masa panjang, beliau menyasarkan Bitcoin memainkan peranan sebagai aset rizab untuk AS.

    Selain itu, Trump telah mencadangkan “simpanan Bitcoin strategik,” dengan memanfaatkan Bitcoin bernilai $5 bilion yang kini dipegang oleh kerajaan AS.

    Pentadbiran Trump berkemungkinan akan mewujudkan majlis penasihat Bitcoin dan kripto untuk menguruskan rizab kripto ini. Langkah ini selari dengan cadangan senator Republikan, Cynthia Lummis untuk menetapkan Bitcoin sebagai aset rizab AS dan memulakan program perolehan 1 juta Bitcoin, atau 5% dari jumlah maksimum Bitcoin yang wujud.

    Dengan program ini, pentadbiran Trump berharap rizab yang unik ini boleh digunakan untuk menangani hutang negara dan menstabilkan inflasi dalam ekonomi.

    Kesan-Kesan Dari Pengiktirafan Bitcoin Sebagai Aset Rizab AS

    Manfaat

    Kepelbagaian Portfolio

          Selain bergantung kepada aset dan mata wang konvensional, simpanan Bitcoin dalam rizab strategik boleh membantu melindungi AS dari inflasi dan kejatuhan nilai mata wang. 

          Pelopor Dalam Inovasi Teknologi Kewangan

            Pengiktirafan Bitcoin sebagai aset kewangan rasmi akan mengangkat AS sebagai pelopor dalam fintech. Langkah ini akan mengukuhkan ekonomi digital AS dan menekankan komitmen AS dalam memajukan infrastruktur teknologi seluruh negara.

            Risiko

            Harga Yang Tidak Stabil

              Satu masalah yang ketara dengan Bitcoin ialah ketidaktentuan harga. Jika tidak diuruskan dengan strategi pengurusan risiko yang baik, rizab bitcoin boleh mengugat kestabilan kewangan.

              Nilai Bitcoin yang susah diramal boleh memberikan cabaran yang hebat kepada pengurusan kewangan dan ekonomi.

              Keselamatan Dan Halangan Kawal Selia

                Oleh kerana Bitcoin berada dalam format digital dan berpencar (decentralised), bitcoin lebih terdedah kepada serangan siber dan isu perundangan.

                Kawal selia dan langkah keselamatan yang lebih kompleks untuk melindungi bitcoin berpotensi mewujudkan risiko dan ketidakpastian yang tidak pernah dialami dalam pengurusan rizab.

                Kesan Kepada USD Dalam Jangka Pendek Hingga Ke Jangka Panjang

                Jangka Pendek Ke Sederhana

                Kedudukan USD sebagai mata wang rizab tidak akan terancam oleh Bitcoin. Kekuatan rangkaian USD dan penerimaan USD yang menyeluruh di antara ekonomi-ekonomi penting dunia memberikan kekebalan yang unik kepada USD.

                Malah, kemasukan Bitcoin ke dalam rizab strategik AS akan mengukuhkan USD dalam jangka pendek ke sederhana.

                Jangka Panjang

                Kedudukan USD boleh terancam jika status Bitcoin dan mata wang kripto lain sebagai penyimpan nilai dan medium pertukaran kewangan semakin mendapat kepercayaan di pentas global.

                Perubahan ke arah ini akan berlaku secara berperingkat dan bergantung kepada perubahan signifikan dalam norma perdagangan antarabangsa, penerimaan teknologi kewangan dan kewujudan rangka kawal selia yang baru.

                Kesan jangka panjang ini boleh mengubah industri kewangan yang memerlukan penerimaan strategi baru dalam institusi kewangan dan kerajaan.

                Kesimpulan

                Cadangan Trump untuk menjadikan Bitcoin sebagai aset rizab strategik AS dijangkan akan menstabilkan harga Bitcoin kerana jumlahnya yang besar akan kekal di dalam pegangan kerajaan AS.

                Walaupun begitu, pengumuman Trump masih berada di tahap cadangan. 

                Jika Trump berjaya dilantik sebagai Presiden AS untuk kali kedua sekali pun, cadangan tersebut masih perlu didebat dan diluluskan kongres. Oleh itu, situasi ini masih terdedah kepada pelbagai kemungkinan yang bergantung kepada perubahan politik. 

                Akhir sekali, walaupun Bitcoin berjaya menjadi sebahagian dari aset dalam rizab AS, kemungkinan Bitcoin untuk mengambil alih USD sebagai mata wang rizab antarabangsa adalah sangat rendah.