Jika anda aktif dalam pasaran mata wang kripto dan jarang terlepas perkembangan-perkembangan berkaitan, anda pasti sudah maklum mengenai aset mata wang kripto yang baru dilancarkan pada hari Jumaat, 17 Januari 2025. Agak menarik, bukan?
Tetapi bagi anda yang masih belum tahu, inilah ringkasan berita tersebut:
Bakal Presiden US, Donald Trump melancarkan meme coin rasminya, dengan nama yang sepadan dengan tuan badannya, $TRUMP.
Seperti yang dijangkakan, dalam beberapa jam saja lepas pelancarannya, berita ini mendominasi media dan menarik perhatian peminat mata wang kripto dan pengkritik.
Dalam beberapa jam selepas pelancarannya, pemodalan pasaran Trump hampir mencapai $5.5 bilion, mengikut sumber dari CoinMarketCap.com.
Seperti apa yang terjadi apabila meme coin baru dilancarkan, pedagang dan pelabur berlumba-lumba untuk membeli coin tersebut. Bursa-bursa utama juga berkejar-kerja untuk menyenaraikan $TRUMP.
Penyokong meme coin ini berpendapat $TRUMP mendemokrasikan kewangan dengan memberikan orang ramai akses kepada medium pelaburan yang menguntungkan. Selain itu, mereka juga percaya $TRUMP boleh menjadi alat untuk aktiviti politik, dengan penyokong Trump boleh menzahirkan sokongan mereka kepada Trump dengan melabur dalam $TRUMP.
Tetapi, pengkritik $TRUMP pula mengatakan meme coin ini tidak mempunyai nilai intrinsik dan terdedah kepada manipulasi. Pada peringkat awal, pengkritik menekankan sikap berhati-hati terhadap gembar-gembur $TRUMP dan menyeru pelabur untuk mengambil pendekatan berhati-hati terhadap risikonya yang tersirat.
Meme coin berprofil tinggi seperti $TRUMP ini memberikan risiko-risiko tersendiri:
Apabila gembar-gembur melebihi fundamental, buih spekulasi boleh terjadi, yang akan mencetuskan pemecahan buih yang boleh dirasai merentasi pasaran.
Meme coin merancakkan volatiliti. Volatiliti yang dijana oleh meme coin menggalakkan situasi di mana emosi, bukan analisis, menjadi pemacu membuat keputusan.
Apabila figura-figura berprofil tinggi seperti Trump mengambil kesempatan di atas gembar-gembur meme coin, kepercayaan umum terhadap aset kewangan tradisional boleh menjadi persoalan dan mengganggu keyakinan pelabur.
Setiap kali meme coin baru memasuki pasaran, cabaran untuk kawal seliaan industri ini menjadi semakin sukar kerana integriti pasaran perlu kekal kukuh.
Seperti yang dinyatakan di laman web rasmi $TRUMP, sebanyak 200 juta meme coin ini telah dikeluarkan semasa pelancaran, dengan rancangan oleh Fight Fight Fight LLC, syarikat yang menguruskan projek ini, untuk mengeluarkan tambahan 800 juta coin dalam tempoh tiga tahun lagi.
Sama ada $TRUMP akan menjadi satu aset kekal dalam pasaran kripto atau sebaliknya masih belum dapat dipastikan.
Apa yang jelas ialah $TRUMP telah mencetuskan perbincangan tentang masa depan mata wang digital dan kesannya terhadap sistem kewangan tradisional.