VT Markets APP

    Trade CFDs on FX, Gold and more

    Get

    Minggu Ini: Pertumbuhan US Perlahan Dengan Tekanan Inflasi Yang Berterusan

    September 23, 2024

    Dengan pasaran global bersiap-sedia untuk pertumbuhan US yang perlahan, perhatian gobal tertumpu ke Jepun, di mana tekanan inflasi mendorong keputusan utama dari bank pusat negara itu.

    Keputusan Bank of Japan untuk mengekalkan kadar faedah jangka pendek pada 0.25% terus mencetuskan perbincangan di kalangan peserta pasaran. Langkah ini dibuat berikutan inflasi yang berterusan, yang kini telah mencapai tahap tertinggi selama 10 bulan dengan National Core CPI meningkat kepada 2.8%.

    Gabenor Ueda telah mengisyaratkan BOJ bersedia untuk menaikkan kadar jika inflasi terus meningkat, terutamanya apabila pertumbuhan gaji kekal kuat dan penggunaan persendirian memacu ekonomi ke hadapan.

    Bagi pedagang, implikasi dasar BOJ jelas. Apabila Jepun bercanggah dengan Federal Reserve, yang dijangka menurunkan kadar, perbezaan kadar faedah antara dua ekonomi mungkin mengecil. Perubahan ini boleh mengukuhkan yen menentang dollar, terutamanya jika isyarat Ueda untuk kenaikan kadar pada masa hadapan berlaku pada Disember.

    Pasangan USDJPY, yang kini berdagang berhampiran kawasan 141.70, akan mengalami ketaktentuan yang lebih tinggi. Jika yen terus mengukuh, pedagang mungkin melihat pasangan ini jatuh ke arah julat 138.00–140.00, sejajar dengan ramalan ahli ekonomi.

    Penguatan yen yang berpotensi ini juga meningkatkan kemungkinan campur tangan dari pihak berkuasa Jepun. Timbalan Menteri Kewangan untuk Hal Ehwal Antarabangsa, Atsushi Mimura, telah mengulangi kesediaan kerajaan untuk bertindak sekiranya mata wang mengalami ketaktentuan melampau. Jika yen meningkat dengan sangat pantas, ia boleh mengganggu pengeksport Jepun dan mengganggu keuntungan korporat dan membawa kepada kesan ekonomi yang lebih luas.

    Campur tangan dalam pasaran mata wang masih merupakan satu kemungkinan, memandangkan Jepun memiliki sejarah melangkah masuk jika pergerakan mata wang menyimpang dari asas-asas fundamental, senario yang patut dipantau dengan teliti oleh pedagang dalam beberapa bulan yang akan datang.

    Apabila inflasi kekal di atas sasaran 2% bank pusat, lebih banyak peserta pasaran akan berhati-hati terhadap perdagangan USDJPY, terutamanya jika data makroekonomi US lemah dan mendesak Federal Reserve untuk menguatkuasakan dasar yang lebih dovish.

    Jika perkara ini berlaku, yen boleh mengukuh dengan ketara, meletakkan tekanan ke bawah ke atas pasangan ini dan meningkatkan ketaktentuan dalam pasaran mata wang.

    Pergerakan Pasaran

    USDX menunjukkan pergerakan yang kecil pada hari Jumaat tetapi boleh menguji semula tahap 100.00 sebelum bergerak ke atas. Jika ia jatuh di bawah tahap ini, ia mungkin akan menyentuh 99.20 sebelum beralih ke atas. Ini boleh menurunkan USDX pada awal minggu sebelum ia kembali stabil pada pertengahan minggu.

    Walupun pasangan EURUSD mengekalkan kedudukan semasa, ia berpotensi untuk bergerak ke atas dan menguji zon 1.1200 sebelum pembetulan. Tindakan harga berhampiran 1.1040 boleh menandakan permulaan struktur pembetulan yang lebih besar, yang mungkin memandu ketaktentuan dalam jangka pendek. GBPUSD juga dijangka mengekalkan trajektori ke atas disebabkan pendirian tidak komited Bank of England terhadap potongan kadar, digabungkan dengan rancangan Federal Reserve untuk pengurangan kadar. Memantau kawasan 1.3400 akan menjadi penting kerana sebarang pembetulan di sini boleh mendorong momentum bullish.

    USDJPY terus berdagang lebih tinggi, didorong oleh tahap breakout 141.70. Harga kritikal seterusnya untuk dipantau ialah 144.90 kerana sebarang penolakan di sini boleh membawa kepada pembalikan. Sebaliknya, USDCHF telah bergerak ke atas dari zon 0.8460, dengan pedagang memerhatikan potensi tindakan bearish berhampiran 0.8640. Pasangan AUDUSD pula boleh mencapai tahap tertinggi 0.6870 sebelum mengukuh, menunjukkan kekuatan berpotensi dalam dolar Australia awal minggu.

    Harga emas kekal kukuh, selepas berdagang di atas 2600. Harga kritikal untuk dipantau ialah 2650 dan 2670, yang boleh mencetuskan pembetulan atau sambungan trend menaik. Harga minyak juga mempamerkan potensi pembetulan berhampiran tahap $74.00. Pasaran tenaga mungkin menyaksikan rehat sebelum aliran arah seterusnya ditentukan oleh faktor luaran, seperti pembangunan geopolitik atau dinamik bekalan.

    Indeks SP500 terus bergerak ke atas, menghampiri tahap tertinggi baru pada 5790 dan 5850. Pedagang patut memerhatikan pembetulan berhampiran 5570, kerana ini boleh menandakan pembalikan berpotensi atau sambungan trend bullish. Bitcoin, sebaliknya, berlegar berhampiran tahap tertinggi 65054, iaitu tahap rintangan kritikal. Jika mata wang kripto ini mengukuh sebelum memecahkan tahap ini, tindakan bullish berhampiran 59900 boleh memandu momentum ke atas.

    Gas asli telah mengikuti jangkaan dengan tahap tertinggi baru, dan pedagang patut memerhatikan tindakan harga pada 2.47 untuk potensi pembetulan. Sektor tenaga, terutamanya gas asli, mungkin mengalami fluktuasi lanjut apabila peserta pasaran bertindak balas kepada faktor bekalan dan permintaan global.

    Peristiwa Pasaran Minggu Ini

    Jadual ekonomi minggu ini dipenuhi dengan pelepasan data yang kritikal yang boleh mempengaruhi sentimen pasaran merentas pelbagai kelas aset.

    Salah satu pelepasan utama pertama adalah dari dari Eropah, dengan German Flash Manufacturing PMI dijangka mencecah 42.4. Angka ini tidak berubah dari laporan sebelumnya, menandakan penyusutan berterusan dalam sektor pembuatan German. Walaupun ini bukan bacaan positif, kestabilan dalam angka ini boleh menunjukkan kelesuan yang perlahan.

    Isnin dimulakan dengan tumpuan kepada data Eropah, terutamanya German Flash Manufacturing PMI , yang diramalkan pada 42.4, sejajar dengan bacaan sebelumnya. Angka ini mencerminkan penyusutan berterusan dalam sektor pembuatan German, menonjolkan cabaran berterusan ekonomi terbesar Eropah. Jika data mengesahkan ramalan ini, ia boleh menunjukkan bahawa sektor itu masih menghadapi permintaan lemah dan kos tinggi. EURUSD dijangka menunjukkan kekuatan awal minggu sebelum merosot, apabila pedagang bertindak balas kepada prospek pembuatan yang lemah dan bersiap sedia untuk kemungkinan ketaktentuan dalam euro.

    UK juga akan melancarkan Flash Manufacturing PMI, diramalkan pada 51.1, turun sedikit dari 51.2 sebelumnya. Ini menandakan bahawa sektor pembuatan UK masih mengembang, walaupun pada kadar yang perlahan. Peserta pasaran akan memerhatikan pelepasan ini dengan teliti untuk mengukur kesihatan ekonomi British, terutamanya apabila Bank of England terus berpegang kepada dasar tidak memotong kadar.

    Kemudiannya pada hari itu, US akan melancarkan Flash Manufacturing PMI, yang diramalkan pada 52.3, turun sedikit dari 52.5. Data ini boleh memberikan pandangan lanjut ke sektor pembuatan US, yang telah menghadapi cabaran dari kos input yang meningkat dan gangguan rantaian bekalan global. Walaupun ramalan yang rendah sedikit masih menandakan pengembangan, momentumnya kelihatan perlahan. USDX boleh menyaksikan sedikit pergerakan ke atas jika data melebihi jangkaan, walaupun sebarang kelemahan dalam angka ini boleh mencetuskan jualan dolar. Pedagang memerhatikan pelepasan ini untuk menentukan haluan ekonomi US pada jangka pendek, terutamanya apabila menghadapi kemungkinan potongan kadar dari Federal Reserve lewat tahun ini.

    Pada hari Selasa, Reserve Bank of Australia (RBA) akan menjadi fokus dengan keputusan kadar tunai terkini. Pasaran jangka RBA akan mengekalkan kadar pada 4.35% yang tidak berubah dari mesyuarat sebelumnya. Keputusan ini hadir ketika ekonomi Australia terus bergelut dengan inflasi tinggi dan pertumbuhan yang perlahan. Walaupun pedagang jangka RBA akan mengekalkan kadar, sebarang komen yang hawkish dari bank pusat berhubung kenaikan kadar pada masa hadapan boleh membawa kepada ralli jangka pendek dalam dolar Australia. AUDUSD dijangka terus meningkat sebelum memasuki fasa pembetulan, memberikan peluang perdagangan dengan pasangan mata wang ini.

    Rabu akan menyaksikan pelepasan Consumer Price Index (CPI) tahun-ke-tahun Australia, dengan ramalan 2.8%, turun dari 3.5% sebelumnya. Penyusutan dalam inflasi ini boleh menandakan bahawa kenaikan kadar awal RBA mempunyai kesan yang diingini, menyejukkan kenaikan harga. Walau bagaimanapun, CPI yang lebih rendah dari yang dijangkakan boleh melemahkan dollar Australia, dengan AUDUSD berpotensi kehilangan momentum selepas ralli awal minggu. Pedagang perlu memerhatikan dengan teliti bagaimana data ini mempengaruhi pasaran, terutamanya dengan kebimbangan yang lebih luas berhubung dinamik pertumbuhan dan inflasi global.

    Pada hari Khamis, Swiss National Bank dijangka akan melancarkan kadar dasarnya, yang diramalkan untuk dikurangkan kepada 1.00% dari 1.25%. Perubahan dovish ini menandakan pandangan yang lebih berhati-hati terhadap ekonomi Switzerland, mungkin sebagai tindak balas kepada pertumbuhan yang perlahan dan tekanan inflasi yang rendah. Sebarang penyimpangan dari kadar yang dijangkakan boleh menyuntik ketaktentuan ke dalam USDCHF, memandangkan pasangan ini sudah menjadi tumpuan untuk kemungkinan tindakan bearish berhampiran tahap 0.8640.

    Data ekonomi pertengahan minggu ini juga akan menampilkan kemas kini dari US, dengan pelepasan angka GDP suku-ke-suku yang muktamad, dijangka pada 2.9%. Walaupun berada sedikit di bawah bacaan 3.0% sebelumnya, data ini masih menandakan pertumbuhan yang kukuh dalam ekonomi US. Walau bagaimanapun, sebarang kejutan di sini boleh memberi impak kepada USD, terutamanya jika digabungkan dengan data inflasi yang lemah lewat minggu. Pedagang yang memerhatikan USDCHF patut mengambil perhatian, kerana pengambilan untung boleh berlaku jika dollar menunjukkan tanda kelemahan selepas ralli awal minggu.

    Kemudian pada hari Jumaat, perhatian akan tertumpu kepada US, di mana Core PCE Price Index dijangka berada pada 0.2% bulan-ke-bulan, penunjuk inflasi utama yang dipantau rapat oleh Federal Reserve. Data ini kritikal kerana ia mungkin mempengaruhi langkah Fed yang seterusnya dalam dasar monetari. Bacaan yang lebih lemah dari yang dijangkakan boleh menjurus kepada pengurangan kadar, mendesak tekanan tambahan ke atas USD. Pedagang perlu peka bagaimana data ini memainkan peranan dalam gambaran inflasi yang lebih luas kerana sebarang perubahan yang mengejut boleh membawa kepada pergerakan yang tajam dalam dollar dan aset yang berkaitan.

    Pada hari yang sama, data GDP Canada akan dilancarkan, dengan jangkaan kenaikan 0.1% bulan-ke-bulan. Walaupun sederhana, kenaikan ini mungkin menunjukkan bahawa ekonomi Canada kekal berdaya tahan walaupun menghadapi kebimbangan ketidakpastian ekonomi global. Dengan pasangan USDCAD berpotensi menyasarkan 1.3500 sebelum bergerak ke atas, data ini boleh menyediakan mata titik putaran kritikal untuk pergerakan dollar Canada, terutamanya jika pedagang melihatnya sebagai penunjuk kekuatan ekonomi menghadapi kelemahan global.

    Buka akaun live VT Markets anda dan mula berdagang sekarang.